Pages

Sunday 13 May 2012

Biografi Syeikhul Qurra' Abul Hasan Al-Kurdi


Lafazkan Istirja'. Sebutir permata Syam telah meninggalkan kita pada petang Jumaat, 7 Ogos 2009 bersamaan 16 Syaaban 1430 H. Beliau ialah Syeikhul Qurra' Abul Hasan Al-Kurdi rahimahullah, seorang ulama besar Syam yg tersangat alim di dalam bidang Al-Quran. Sanad Al-Qurannya bersambung hingga Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Al-Fatihah!

Syeikh Abul Hasan Al-Kurdi telah dilahirkan pada 1330 Hijrah bersamaan 1912 Masihi. Beliau meninggal dunia menemui kekasihnya ketika berusia 97 tahun. Khidmat beliau kepada Al-Quran dan ummah tidak dapat dinafikan. Wajahnya yg suci dan mempesonakan itu menzahirkan sifat tawaduknya.

Dari kiri: Syeikh Abul Hasan Al-Kurdi, Habib Ali Al-Jifri dan Doktor Nuruddin 'Itr.

Beliau merupakan Syeikh di Markaz Zaid bin Thabit, Damsyik. Majalah Ad-Diya' bilangan ke-4 yg diterbitkan pada Ramadhan 1429 Hijrah di Arab Saudi ada menyiarkan sejarah hidupnya melalui sesi temuramahnya bersama Doktor Abdullah bin Muhammad bin Sulaiman Al-Jar Lillah. Bagaimanakah kehidupannya, kesungguhannya dalam menuntut ilmu, akhlaknya bersama keluarga dan pelajar-pelajarnya. Beliau juga memberikan nasihat kepada para penuntut ilmu secara umumnya dan Ahlul Quran secara khusus.

Ketika waktu mudanya.

Sila download temuramah tersebut di SINI .(sesi temuramah dalam bahasa Arab-Fail PDF). Untuk mendengar bacaan Al-Quran yg dibacanya, di sini. Dua video sesi temuramah bersama beliau di sini dan sini.

Di sini saya akan tulis serba ringkas tentang Syeikh. Beliau ialah seorang Syeikh yg tersangat zuhud dan dipanjangkan umurnya, Abul Hasan Muhyiddin bin Hasan bin Mar'i bin Hasan Agha bin Ali Al-Kurdi Ad-Dari. Beliau telah dilahirkan pada 1330 Hijrah bersamaan 1912 Masihi. Beliau merupakan salah seorang Fuqaha' Besar Syam dan ulama Al-Quran yg tersohor. Beliau ialah Syeikh di Markaz Zaid bin Thabit di Damsyik, Syria.

Antara ulama paling masyhur yg mengajar dan teliti dalam menyebut huruf Al-Quran dengan betul. Pakar dalam membaca Al-Quran dengan Qiraat yg pelbagai. Selalu mengkhatamkan Al-Quran, kuat berpuasa, kuat bangun malam dan menunaikan haji dan umrah setiap tahun kecuali setelah beliau ditimpa sakit.

Saya yakin sesiapa sahaja yg memandangnya pasti terdetik di hatinya akan kesalehan dan kewarakan Syeikh Abul Hasan Al-Kurdi rahimahullah. Pertama kali melihat wajahnya, ketenangan akan meresap ke dalam hati. Beliau sangat tawaduk dan tenang. Sentiasa menghina dan mentohmah dirinya sendiri bahawa beliau seorang yg lemah dan lalai. Beliau sentiasa memakai wangi-wangian, berpakaian bersih dan menjaga penampilan diri.

Beliau seorang yg sangat zuhud. Perkara ini jelas dilihat dari segi pekaian dan penampilannya. Keadaan rumahnya mempamerkan lagi sifat zuhud yg tertanam di hatinya. Perabot di bilik tidurnya amat ringkas, begitu juga katil tempat tidurnya. Beliau pernah diberikan hadiah lalu beliau menolaknya dengan marah, "Jangan rosakkan pembacaan Al-Quran kami, sesungguhnya kami mahukan ganjaran yg sempurna dari Allah SWT."

Ketika menunaikan ibadah haji, bekalannya telah dicuri. Lalu beliau berdoa, "Ya Allah, jadikanlah apa yg dicuri daripadaku itu sebagai sebab kepada hidayahnya."

Jika diikutkan hati, mahu saja saya tuliskan satu demi satu kisah hidupnya tetapi masa tidak mengizinkan.

Gambar-gambar pada hari kewafatan beliau.

Banjiran manusia di Masjid Umawi pada hari kematian Syeikh.


Tanah Perkuburan Bab As-Soghir.




Semoga Allah menempatkan kita dan beliau bersama para Anbiya', Syuhada dan Solihin. Amiiinnn...
Sumber

No comments:

Post a Comment