Hadis Nabi

  • Ulama Pewaris Nabi

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Pesan Umar Abdul Aziz

"Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak bisa menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Kata-Kata Hikmah



Syaqiq bin Ibrahim berkata :
 Benteng amal itu ada tiga : Harus merasa bahawa hidayah dan taufiq dari Allah, untuk mematahkan rasa ujub (sombong diri), 2. Harus niat untuk mendapat redha Allah untuk mematahkan nafsu, 3. Harus mengharap pahala dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya'.

Ibnu Mas'ud : 
Setiap orang di dunia ini adalah seorang tamu, dan wangnya adalah pinjaman. Tamu itu pastilah akan pergi, cepat atau lambat, dan pinjaman itu haruslah dikembalikan. 

Seorang hakim berkata : 
Untuk keselamatan suatu amal berhajat kepada empat macam : 1.Ilmu pengetahuan, sebab amal tanpa ilmu lebih banyak salahnya dari benarnya. 2. Niat, sebab setiap amal tergantung pada niatnya. 3. Sabar, supaya dapat melaksanakan amal itu dengan baik dan sempurna, tumakninah dan tidak terburu. 4. Tulus ikhlas, sebab amal tidak akan diterima tanpa ikhlas.


Abul-Laits berkata : 
Sepuluh macam amal yang dapat menyampaikan manusia ke tingkat orang-orang yang baik dan berdarjat tinggi: 1. Banyak bersedekah. 2. Banyak membaca Al-Quran. 3. Duduk bersama orang-orang yang selalu meningatkan akhirat. 4. Menghubungi kaum famili dan kerabat. 5. Menziarahi orang sakit. 6. Kurang pergaulannya dengan orang kaya yang lupa kepada akhirat. 7. Banyak berfikir tentang bagaimana keadaannya kelak. 8. Kurang angan-angannya dan banyak ingat akan mati. 9. Banyak diam dan sedikit bicara. 10. Bertawaduk dan memakai pakaian yang sederhana, dan cinta kepada orang-orang miskin, mendekati anak-anak yatim dan mengusap kepala mereka.


Umar Al-Khattab berkata : 
Sesungguhnya adakalanya seseorang keluar dari rumahnya memikul dosa sebesar bukit Tuhamah, maka apabila mendengar ajaran ilmu, lalu merasa takut dan bertaubat dari dosa-dosanya, kembali ke rumah dan sudah habis dosanya, kerana itu kamu jangan menjauh dari majlis ulamak, sebab Allah tidak membuat tempat di atas bumi yang lebih mulia dari majlis ulamak.



Ibnu Abbas r.a berkata : 
Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit.

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani :   
Janganlah bersusah payah untuk mendapatkan keuntungan dan jangan pula mencuba menghindarkan diri dari malapetaka. Keuntungan itu akan datang kepadamu jika memang sudah ditentukan oleh Allah untukmu, baik sengaja mencarinya maupun tidak. Malapetaka itu pun akan datang menimpamu, jika memang telah ditetapkan oleh Allah untukmu, baik kamu membencinya, maupun mencuba menghindarkannya dengan doa dan solat atau menghadapinya dengan penuh kesabaran, kerana hendak mencari keredhaan Allah.”


Abdullah  al-Inthaki berkata: 
Ubat hati itu lima macam : 1. Bergaul dengan orang-orang soleh. 2. Suka membaca dan memerhatikan al-Quran. 3. Membersihkan perut dari makanan haram. 4. Suka sembahyang malam. 5. Zikir berdoa kepada Allah ketika subuh.


Yahya bin Mu'adz Arrazi berkata: 
Meninggalkan dunia berat, tetapi meninggalkan syurga lebih berat, sedang maharnya syurga ialah meninggalkan dunia.

Saidina Ali bin Abi Talib : 
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.


Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya: 
Hai anak, sesungguhnya dunia ini adalah lautan yang sangat dalam dan telah tenggelam di dalamnya kebanyakan manusia, kerana itu jadikan perahumu di dunia ini taqwa kepada Allah.

Saidina Othman Ibnu Affan r.a. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
� Hatinya selalu berniat suci
� Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
� Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
� Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
� Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.


Abul Laits berkata: 
Siapa yang membaca dan mengingati tujuh kalimah, maka ia mulia di sisi Allah dan Malaikat dan diampunkan dosanya walau sebanyak buih laut, dan merasakan manisnya taat dan hidup serta mati keduanya baik baginya:
1. Ketika berbuat sesuatu membaca Bismillah
2. Jika selesai dari sesuatu membaca: Alhamdulillah
3. Jika terlanjur dari lidahnya lagha atau amal tidak baik maka baginya segera membaca:    
    Astaghfirullah
4. Jika akan berbuat sesuatu besok pagi maka ia membaca : Insyaallah
5. Jika menghadapi kesukaran selalu membaca: La Hau La Quwwata Illa Billahil Aliyyin Azhimm.
6.Jika di timpa bala musibah membaca: Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raaji'uun.
7. Siang dan malam lidahnya tetap selalu berzikir: Laa Ilaaha Illaah


Saidina Abu Bakar As-Siddiq :
1. Siapa yang memasuki kubur dengan tidak membawa bekalan samalah seperti orang yang belayar di lautan dengan tidak berperahu.
2. Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:
a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.
b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.
c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalahamal soleh.
d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’
e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.
4.Terdapat lapan perkara yang menjadi perhiasan kepada lapan perkara: – Menjaga perkara yang haram, perhiasan kepada fakir. – Syukur perhiasan kepada nikmat – Sabar perhiasan kepada bala.– Tawaduk perhiasan kepada kemuliaan. – Berlemah lembut perhiasan kepada ilmu. – Merendah diri perhiasan kepada orang yang bercakap.– Meninggalkan riyak perhiasan kepada kebaikan. – Khusyuk perhiasan 


Abdullah bin Al-Mubarak berkata: 
Meninggalkan satu sen dari wang haram lebih afdhal daripada sedekah seratus ribu sen.

Ibrahim bin Adham : 
Seseorang tidak akan mencapai darjat kesolehan, kecuali melalui enam rintangan: menutup pintu kemuliaan dan membuka pintu kehinaan, menutup pintu nikmat dan membuka pintu kesukaran, menutup pintu istirehat dan membuka pintu perjuangan, menutup pintu tidur dan membuka pintu jaga, menutup pintu kekayaan dan membuka pintu kemiskinan, menutup pintu harapan dan membuka pintu bersiap menghadapi maut 


Imam Sufian Ath-Thauri berkata :  Sepuluh macam daripada kekejamann 
 
1. Seseorang yang berdoa untuk dirinya sendiri dan tidak mendoakan ansk-anaknya dan kaum mukminin.
2. Seorang yang pandai membaca al-quran, tetapi tiap harinya tidak membaca seratus ayat
3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang dua rakaat.
4. Seorang yang berjalan menuju ke kuburan kemudian tidak member salam dan mendoakan ahli kubur.
5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari jumaat kemudian tidak sembahyang jumaat
6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh orang alim, tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa kepadanya.
7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing tidak menanyakan nama kawannya itu.
8. Seorang yang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.
9. Pemuda yang tidak ada kerjanya dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan
10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Ibnu Abbas berkata: 
Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akanberpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan


Sahl bin Abdullah berkata : 
 Manusia semua mati kecuali para ulama’, dan ulama’ semua mabuk kecuali yang mengamalkan ilmunya, dan yang beramal semua tertipu kecuali yang tulus ikhlas, dan yang ikhlas selalu khawatir.


Kata Imam Al-Ghazali :
* Rosaknya rakyat kerana pemimpin.
* Rosaknya pemimpin kerana ulama'.
* Rosaknya ulama' kerana harta ( kemewahan dunia )
Ulama' yang diam dan senyap tidak mahu menyatakan kebenaran tentang agama kepada pemimpin dan rakyat adalah syaitan bisu. Rakyat pula akan berada di bawah agama pemimpinnya. Sekiranya pemimpin seorang yang beriman maka rakyatnya turut beriman. Sekiranya seorang pemimpin itu sukakan hiburan dan perkara maksiat maka dengan sendiri rakyatnya akan sukakan maksiat. Berhati-hatilah memilih pemimpin kerana anda akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti atas apa yang pemimpin anda lakukan termasuk menganjurkan program maksiat, menentang undang-undang Allah dan menghina sunnah nabi serta menghina ulama.

Perkara yang dipandang sahaja pun mendapat pahala:

* Memandang ayat-ayat al-Quran.
* Memandang wajah ibu bapa.
* Memandang wajah ulama'.
* Memandang kaabah.
Tiga Golongan Yang Akan Memberi Syafaat Kepada Kita Di Akhirat Nanti:

* Para Nabi.
* Para Syuhada' ( orang yang mati syahid )
* Para Ulama' ( Masyarakat hari ini membenci ulama' dan mengasihi ahli maksiat )
Allah tidak menghancurkan alam ini kerana kasihkan golongan berikut:

* Golongan Ulama'.
* Golongan orang tua.
* Golongan budak kecil


Yusuf Qardawi : 
Sesungguhnya dalam kehidupan ini ada manusia yang mati sebelum datang ajalnya, kerana masa yang ada dalam kehidupannya itu sama sekali tidak memberikan manfaat dan faedah samada bagi dirinya ataupun orang lain, sementara itu ada manusia-manusia yang terus hidup meskipun ajalnya telah sampai menjemput, kerana masa yang ada dalam hidupnya berjaya digunakan untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah sama ada untuk dirinya atau masyarakat ramai berupa warisan ilmu pengetahuan, anak-anak soleh atau para murid yang bertaburan di pelbagai tempat untuk melanjutkan misi perjuangan atas dunia ini. Perjuangan yang berlanjutan itu menjadikan seolah-olah ia masih hidup dan bergerak dibuka bumi, meskipun jasadnya sudah lama dikandung tanah


Imam As-Syafi'i :
Alangkah baiknya jika engkau tetap manis
 Meski hidup itu sendiri adalah pahit.
Dan alangkah baiknya jika engkau rela
Walaupun manusia penuh dengan kemurkaan.
Alangkah baiknya di antara aku dan engkau
tetap terjalin hubungan yang mesra
Walaupun di antara aku dengan seluruh alam telah hancur.
Jika benar-benar dari pihak engkau ada yang jujur,
maka segala urusan mudahlah dihadapi.
Sebab tiap-tiap yang ada di antara tanah itu
adalah semata-mata tanah belaka.

Imam Hassan Al-Banna :
“Putaran waktu akan memperlihatkan kepada kita
peristiwa2 yang mengejutkan dan memberikan peluang
kepada kita untuk berbuat.
Dunia akan melihat bahwa dakwah kita adalah hidayah,
kemenangan dan kedamaian yang dapat menyembuhkan ummat
dari rasa sakit yang tengah dideritanya.
Setelah itu tibalah giliran kita untuk memimpin dunia,
karena bumi tetap akan berputar
dan kejayaan itu akan kembali kepada kita.
hanya Allah-lah harapan kita satu-satunya.

Imam Al-Ghazali :
Hak guru lebih agung daripada hak ibu bapa,sebab
orang tua penyebab adanya kita sekarang serta
kehidupan yang fana.Sementara guru penyebab hidup
yang kekal Kalaulah tiada guru nescaya apa yang
dihasilkan dan diarahkan oleh orang tua akan
celaka selamanya
 
Hamka :
Jangan Putus asa jika otak tumpul dan akal
kurang cerdas.Kadangkala seseorang yang tumpul
otaknya tetapi tidak putus asa lebih maju
daripada seorang yang cerdas tetapi pemalas.


Kalam Murabbi

Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yang datang dari ALLAH tidak hadir secara percuma, Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh ALLAH itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.

Almarhum Tuan Guru Dato` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz b Haji Nik Mat

Archives

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe