Biografi Saidina Usman bin Affan R.A
23:541) Riwayat hidup Saidina Uthman bin Affan
Uthman ibn Affan lahir di makkah pada tahun 47 sebelum Hijrah, enam tahun lebih muda dari Rasulullah s.a.w., dan merupakan seorang hartawan yang dengan kedudukannya sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau digolongkan sebagai orang kenamaan Quraisy yang meniti kehidupan mewah, dan elit yang dihormati. Beliau juga seorang kacak, lemah lembut, dan janggutnya perang. Nama beliau lengkap ialah Uthman ibn Affan bin Abi’l As bin Umaiah, bin abd sham. Ibu beliau bernama Arwa binti Kuraiz bin Rabi’ah bin habib. Nasab atau keturunan beliau ialah ‘umaiyah’, satu kabilah Quraisy yang amat dihormati dan disegani oleh masyarakat arab di makkah di bandingkan dengan kabilah-kabilah arab yang lain. Walaupun Uthman meniti cara hidup yang mewah, namun beliau menghiaskan diri dengan akhlak yang mulia, lembut, murah hati, serta sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang miskin dan dhaif, dari hasil yang diperolehi. Kelembutan dan kemurahan hatinya menyebabkan beliau mendapat tempat di hati masyarakat. Beliau mendapat jolokan istimewa iaitu “Dzu’Nurain” (memiliki dua cahaya). Beliau menikahi dua orang puteri Rasulullah s.a.w. Isteri beliau yang pertama ialah Ruqaiah tapi Ruqaiah telah meninggal dunia sewaktu peperangan Badr dan kemudian beliau menikahi Ummu Kalthum juga putri Rasululah s.a.w. (hj,Mohd Rashad,2003:274-275)
Pengislaman Saidina Uthman bin Affan
sebelum beliau memasuki islam, Uthman bin Affan dikenal sebagai pedagang besar dan dan terpandang. Kekayaannya melimpah ruah. Dia memeluk islam atas ajakan Abu Bakar as-Siddiq. Tapi sebelum beliau memmeluk islam terdapat satu peristiwa yang menyebabkan Uthman bin Affan memeluk islam. Diriwayatkan pula bahawa ketika beristirehat di Gurun Sahara yang luas dalam satu perjalanan pulang dari Syria. Uthman dikejutkann dengan satu suara dengan kata-kata seruan, “wahai manusia yang lena! Bangkitlah! Ahmad (senama dengan Muhammad) sudah pun tiba di makkah!”. Sekembalinya, Uthman segera mendapatkan Abu Bakar, yang terkenal dengan kearifannya dalam bidang ta’bir mimpi; dan dengan segera Abu Bakar membawanya untuk menemui Rasulullah s.a.w. Setelah memeluk islam, dengan penuh kerelaan dia menyerahkan sebahagian besar hartanya bagi kepentingan perjuangan islam. Sebagai contoh, pada saat terjadi perangan Tabuk melawan kerajaan Byzantium, Rasulullash s.a.w sebagai ketua pemerintahan dan panglima pasukan merasa kekurangan dana dan makanan untuk mempertahankan diri daripada serangan pasukan musuh. Masalah tersebut dikemukakan oleh Muhammad s.a.w ke hadapan para sahabatnya. Hal ini di tangani secara serius oleh para sahabat. Abu Bakar telah menyumbangkan 4000 dinar iaitu seluruh harta kekayaannya, Umar setengah hartanya, sementara Uthman Affan menanggung sepertiga pembiayaan dan dana perang seperti perbelanjaan 10,000 tentera, 1000 ekor unta, 50 ekor kuda, dan 1000 Dinar (kepingan wang emas) bagi maksud memperhebat kelengkapan pertemputan. Sehubugan dengan itu, rasulullah s.a.w. berkata, “sesudah ini, apa yang dilakukan oleh Uthman, tidak lagi mendatangkan mudarat ke atas dirinya. (hj,Mohd Rashad,2003:276-277) dan (Dr. Mukhtar aziz,1004:141).
Detik-detik pemilihan khalifah ke-3
Sesudah wafatnya Khalifah Umar maka kumpulan enam sahabat itu, yang terdiri daripada Uthman ibn Affan, Ali ibn Abi Talib, Saat bin Abi Waqqas, Zubeir bin al-Awam, dan Abdul Rahman bin Auf mengadakan mesyuarat tanpa kehadiran Talhah bin Ubaidillah, kerana beliau berada di luar Madinah.mesyurat diadakan dirumah al-Mansur bin Mukhramah atas nama sebuah Majlis yang dikenali sebagai”Majlis Syura”, dan berlanhsung dengan mwmakan waktunyang panjang tanpa keputusan yang muktamad. Sebagai mengatasi kebuntuan ini maka Abdul Rahman bin Auf menarik diri dengan rela. Zubeir dan Saat bagaimanapun, masing-masing mencalonkan Uthman dan Ali,lalu keputusan belum tercapai sehingga malam yang ketiga sesudah wafat Saidina Umar. Abdul Rahman mengambil langkah terakhir dengan memilih saidina Uthman, dan demikian, secara mejoriti bersesuaian dengan wasiat Khalifah Umar, Uthman terpilih sebagai khalifah yang baru. Selepas itu,para sahabat tadi melahirkan ikrar kesetiaan melalui “bai’ah”, dengan meletakkan tangan setiap orang di atas tangan Uthman ibn Affan, dengan jemaah muslimin yamg lain memberi sokongan atas pemilihan itu. Manakala, Talhah adalah seorang anggota “Majlis Syura” dan juga salah seorang golongan “al-Asyaratu’l Mubasyarah”, akan tetapi beliau tidak dapat mengambil bahagian dalam pencalonan kerana berada di luar Madinah. (hj,Mohd Rashad,2003:289-291).
Era pemerintahan Khalifah Uthman
Pemerintahan Saidina Uthman bin Affan berlangsung dalam dua zaman, iaitu zaman 6 tahun pertama ditandai oleh kejayaan dan zaman 6 tahun kedua ditandai oleh perpecahan yang tergambar dalam berbagai-bagai pergolakan dan pemberontakan dalam negeri.
Zaman kegemilangan
Kegemilangan pemerintahan khalifah uthman bermula dengan pembukaan dan penawanan wilayah-wilayah baru yang terletak di Antalia dan Asia kecil sebelah barat. Wilayah yang lain berjaya di tawan oleh Cyprus, Afghanistan, Samarkand, Tasykent, Khurasan, dan Tabrastan di sebelah Timur dan Timur Laut, sementara Libya, algeria, Tunisia dan maghribi yang terletak di sebelah bahagian Utara Afrika turut ditawan oleh kaum muslimin. Dunia islam sewaktu pemerintahan Uthman, terbentang luas gagasannya,mencukupi bahagian Benua Asia dan Afrika, di antaranya wilayah-wilayah Uzbekistan, Persi ,Iraq, Armenia, Azerbaijan,Turki, Syria Palestin,Jordan, Mesir, Yaman termasuk kawsan-kawasan di teluk dan semenanjung Arab.seluruh kawasan dan wilayah itu terhimpun dan bernaung dalam satu gagasan dan panji-panji yang berdaulat, sekaligus mengangkat islam dan ummah sebagai sebuah empayar dan kuasa baru yang lebih besar, dibandingkan dengan empayar-empayar Byzentyne dan Parsi. Dalam waktu yang sama, Islam turut bertapak di habsyah, dan sebahagian kawasan di sebelah Timur dan Afrika Tengah. Disamping itu, dengan kemasukan wilatah-wilayah itu ke dalam gagasan dan wadah Islam selain senanjung Arab, Yaman, dan pesisir yang tersedia wujud , maka Islam muncul sebagai sebuah Empayer yang lebih hebat dari gabungan Empayer Parsi dan Byzentine yang berusia lebih 1000 tahun sebelum masehi sebagaimana disebut sebelum ini. Pada masa yang sama, pengaruh islam sebagai “ad-Din al-hanif” turut berkembang dengan sendirinya di Abyssinia atau Habsyah, yang terletak di bahagian selatan Semenanjung Arab. Perkembangan dakwah Islamiah seterusnya menyusur masuk secara aman, tenang dan tenteram, dan diterima baik oleh rakyat di bahagia Tengah dan Timur Afrika, sekalipun kawasan tersebut tidak pernah disentuh oleh pemerintah Islam. Kejayaan gemilang yang diperoleh pada peringkat pertama pemerintahannya, cukup hebat dan mengkagumkan dari pelbagai sudut namun kejayaan gemilang itu tidak dapat menjamin keutuhan dan kekukuhan pemerintahnya apabila kegawatan mula menggugat kedudukannya sebagai khalifah. (hj,Mohd Rashad,2003:296-311).
Zaman kejatuhan
Tuduhan demi tuduhan dilemparkan terhadap khalifah uthman disebabkan kurang senang atas tindak laku dan corak pentadbirannya yang dikatakan berunsur bid’ah dari sudut ubudiah dan amalan nepotisme dan kronisme dari sudut melantik pegawai-pegawai pemerintahan. Adik angkatnya, Abdullah bin saad bin abi sarh dilantik oleh khalifah Uthman sebagai pentadbiran Mesir sesudah mengenepikan Amr bin al-As, yang kemudian menjadi penentang kuat kepada Khalifah Uthman. Penentangan itu lebih ketara apabila beliau diikuti sama oleh Muhammad bin Abi bakar dan Muhammad bin Hudzaifah, yang kecewa karana tidak dilantik memegang jawatn pentadbir, disebabkam kekosongan itu diisi oleh ahli keluarga Khalifah Uthman yang terdekat. Sekalipun tuduhan-tuduhan itu diberikan penjelasan dengan panjang lebar, namun tidak mendatangkan kesan khususnya dikalangan mereka yang mudah terguris hati akibat tindakan Uthman yang tidak disenangi, disamping penyusupan anasir-anasir tertentu yang turut memainkan peranan mengikut agenda tersendiri. Contohnya, Khalifah Uthman dikatakan bertindak tidak wajar apabila pemilik-pemilik kuda di kenakan zakat walhal tidak pernah dilakukan dengan sebelumnya pada masa Rasulullah s.a.w. Menjelaskannya, Khalifah Uthman berkata bahawa perkembangan ekonomi yang dinikmati oleh masyarakat islam sehingga berupaya memiliki binatang seumpama itu, wajar dikenakan zakat yang dikenakan ke atas binatang unta. Selain itu, Khalifah Uthman dilemparkan tuduhan berat apabila didakwa membakar beberapa naskhah salinan al-Qur’an. Hakikatnya nashah-nashah yang dibakar itu adalah salinan-salinan yang tersebar di luar madinah, yang didapati tulisannya menimbulkah kekeliruan sebutan bacaan yang berbeza di antara satu nashah dengan satu nashah yang lain. Demi memelihara kemurnian dan kesucian Al-Quran, Khalifah Uthman mengambil langkah menentukan bahawa hanya satu nashah sahaja iaitu nashah yang tersimpan dirumah Hafsah dikekal pelihara, sebagai rujukan utama kaum Muslimin saluruhnya. Kegawatan itu akhirnya menjuruskan kearah detik tragis yang memilukan dan menyayat hati apabila Khalifah Uthman mati di bunuh pada 18 zulhijjah 35 hijrah bersamaan 17 julai, 656 masihi ketika berusia 85 tahun dalam detik-detik dan suasana yang diselubungi dengan prasangka buruk sehingga mendorong hilangnya pertimbangan dan ehsan yang mendedam. (hj,Mohd Rashad,2003:297-317)
Sehubungan dengan itu Allah berfirman: “sesungguhnya orang-orang yang berpecah-pecah dalam agamanya, dan mereka menjadi bergolongan (bepuak-puak), tidaklah engkau dipertanggungjawab sedikit pun. Sungguh urusan mereka itu terserah kepada Allah, kamudian Allah akan memberitahu mereka apa yang mereka perbuat” (Al-quran,al-An’am:159).
2) Sumbangan Saidina Uthman bin Affan
A) Kegemilangan
Pada era Khalifah Uthman, wilayah Islam bertambah luas hingga ke Kabul, di bahagian timur asia, dan Maghribi di sebelah bahagian utara Afrika. Beliau juga berjaya menumpaskan pemberontakan dengan kekuatan yang dimiliki. Kekuatan angkatan kaum Muslimin terserlah sehigga dapat menundukkan pasukan Byzentine yang menguasai laut ketika itu. Dengan penaklukan sepanjang pesisiran Afrika Utara maka pengawalan laluan laut Mediterranean terletak di bawah penguasaan islam. (hj,Mohd Rashad,2003:342)
B) Memelihara kesucian al-Quran
Al-Quran al-Karim adalah tertulis dalam bahasa arab, yang merupakan bahasa asing bagi jutaan manusia yang memeluk islam ketika itu. Apabila mereka membaca mushaf al-Quran maka bacaan mereka menimbulkan kekeliruan dari sudut bacaan (qira’ah) ekoran dari tulisan dan salinan yang berbeza. Bagi mengelakkan al-Quran tercemar dari sudut tulisan dan bacaan maka Khalifah Uthman mengambil langkah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, kufah, Mesir dan lain-lainnya, dan menetapkan cuma mushaf yang terdapat di Madinah sahaja yang diakui kesahihannya, dan sekaligus menjadi satu-satunya mushaf tumpuan dan rujukan bagi kaum Muslimin seluruhnya. (hj,Mohd Rashad,2003:343)
C) Tugas dakwah
Khalifah Uthman menghabiskan banyak waktu dengan menyampaikan dakwah di kalangan orang-orang tawanan perang. Ramai bilangan mereka yang memeluk islam ekoran dakwah yang disampaikan oleh beliau, dan di samping itu, beliau turut mengajar fiqh kepada penganut-penganut islam, yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu dengan sempurna. (hj,Mohd Rashad,2003:343)
D) Kerja-kerja pembangunan
Bangunan-bangunan pejabat dibina, begitu juga rumah-rumah rehat untuk kegunaan para pegawai yang bertugas di beberapa bandar seperti Kufah, Basrah dan Syria. Bagi kepentingan rakyat umum, jalan raya, jambatan dan telaga airdibina bagi keperluan para pengembara, dan begitu juga tebing-tebing sungai turut dibina bagi mengatasi masalah banjir yang sering dihadapi oleh penduduk Madinah. (hj,Mohd Rashad,2003:343-344)
E) Ketaqwaan mendalam
Ketaqwaannya begitu mendalam maka itulah beliau segera menangis apabila disebutkan tentang azab di kubur. Katanya,” kubur adalah tempat pertama sebelum menuju akhirat. Sekiranya seseorang itu dapat mengatasi azab kubur, maka ia akan peroleh kejayaan pada hari perhitungan kelak”. (hj,Mohd Rashad,2003:344)
F) Pentadbiran kenegaraan
Beliau mengamalkan sistem “ syura “ sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah sebelumnya, dengan para sahabat yang sama dilantik menduduki “Majlis Syura” sebagai anggotanya, dan mereka ialah Ali ibn abi Talib, Zubeir bin al-Awam, Talhah bin Ubaidillah, dan Abdul Rahman bin Auf. (hj,Mohd Rashad,2003:344)
G) Pemerintahan wilayah
Mereka yang di lantik sebagai pentedbir wilayah pada zaman pemerintahannya adalah Muawiyah bin Abi Sufian di Syria, Ya’ala bin Muhabbah di Yaman, Abdullah bin Hadrami di Makkah, Qasim bin Rabi’ah al-Thaqafi di Ta’if, Abdullah bin Amir, Abdullah bin sa’ad di Mesir, Abu Musa al-asy’ari di Kufah, dan Habib Muslimah Fahmi di Asia kecil, termasuk Armenia dan Antalia. (hj,Mohd Rashad,2003:344-345)
H) Ketenteraan
Ketenteraan pada era pemerintahannya meningkat kekuatannya dan begitu juga bilangan anggotanya di samping menyelaraskan mekanisma perhubungan di antara satu Briged dengan satu Briged yang lain. Misalnya, ketika Muawiyah bin abi Sufian memerlukan pasukan tentera untuk menghadapi kemaraan pasukan tentera Byzentine maka Briged tentera di Iran dan Armenia digerakkan segera untuk membantu Muawiyah bin abi Sufian di Syria. (hj,Mohd Rashad,2003:345)
I) Pencukaian dan perbendaharaan
Pendapatan hasil cukai untuk perbendaharaan meningkat dam hasil itu dipergunakan sebaiknya demi kepentingan dan kebajikan rakyat. Imbuhan ditambah untuk pelbagai peringkat dan golongan rakyat, dan pada bulan-bulan Ramadhan, orang-orang miskin dan mereka yang tidak berupaya disediakan makanan untuk berbuka puasa. Peruntukan perbelanjaan bangunan diambil dari wang perbendaharaan untuk membina jalan, jambatan, masjid, projek perumahan dan kelengkapan tentera. Beliau merupakan Khalifah pertama yang mengambil keputusan bagi pembiayaan tetap untuk para Muadzin. (hj,Mohd Rashad,2003:345-346)
RUMUSAN
Kesimpulannya, Saidina Uthman merupakan seorang Khalifah yang hebat dimana sewaktu era pemerintahan beliau, beliau dapat mengembangkan kekuasaan islam dengan lebih meluas. Seperti dengan penaklukan wilayah-wilayah dalam pemerintahan Parsi dan Byzentine. Selain itu juga, beliau telah mengembangkan agama islam dengan lebih pesat lagi. Sebagai contoh, beliau telah menyampaikan dakwah di kalangan orang-orang tawanan. Di sini kita dapat lihat dimana usaha gigih yang dilakukan oleh Saidina Uthman untuk membangun dan memajukan agama islam dan menyebarkannya. Walaupun beliau begitu sebuk dengan pemerintahan negara tetapi beliau tetap tidak melepaskan tanggungjawab beliau sebagai orang muslim. Contohnya, beliau turut mengajar fiqh kepada penganut-penganut islam yang pada satu ketika, menunjukkan jemaah tentang cara-cara mengambil wudhu. Tambahan lagi, demi menunjukkan kecintaannya kepada al-Quran beliau telah memusnahkan salinan-salinan yang terdapat di Syria, Basrah, Mesir dan lain-lain bagi menjaga kesucian al-Quran dan mengelakkannya daripada tercemar. Walaupun zaman pemeritahan Saidina Uthman itu hebat, akan tetapi terdapat segelintir masyarakat yang tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Saidina Uthman. Iaitu tuduhan demi tuduhan telah dilemparkan terhadap Khalifah Uthman seperti pentadbirannya berunsur bid’ah. Perkara ini berlarutan sehingga menjadi lebih kritikal lalu mengakibatkan pembunuhan Khalifah Uthman. Berdasarkan sirah tersebut, kita dapati Saidina uthman merupakan seorang yang berpegang teguh dengan ajaran islam sehingga sanggup mati kerana Allah. Kita sebagai umat islam perlulah menpunyai sikap keberanian seperti saidina Uthman dan menjadi muslimin yang sejati dan juga sanggup mati kerana memperjuangkan agama Allah s.w.t. (agama islam).
RUJUKAN
1) Shamsuddin M.D, Hj Mohd rashad (2003). Khulafa’ Rasyidin. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.
2) Aziz, Dr mukhtar (2005). Ensiklopedia islam. Kuala Lumpur: PT Ictiar Baru Van Hoeve.
3) Syakir, mahmud(2004). Biografi Gemilang Uthman bin Affan dzin nurain. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise.
4) Semit, syed ahmad(1995). Sepuluh yang dijamin masuk syurga. Singapura: pustaka Islamiyah pte ltd.
5) Quthud, muhammad ali(1984). Sepuluh sahabat dijamin ahli syurga. Singapura: Pustaka Nasional pte ltd.
6) Al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Darul Iman sdn bhd.
sumber - Di sini
0 comments