Hadis Nabi

  • Ulama Pewaris Nabi

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Pesan Umar Abdul Aziz

"Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak bisa menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Biografi Al-Habib Muhammad bin Abd Rahman bin 'Alawi

12:38


Al-Habib Muhammad bin Abd Rahman bin 'Alawi bin Abdullah bin Husain bin Muhsin bin 'Alawi bin Saggaf. Beliau merupakan seorang ulama berketurunan Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam melalui nasab Sayyidina Husain RadiAllahu'anhu. Beliau dilahirkan di Bandar Seioun di Hadramaut, Yaman pada tahun 1972. Maknanya umur beliau sekarang ialah 36 tahun. Kemudian 3 tahun setelah kelahirannya, beliau bersama ibubapanya telah berpindah ke Hijaz dan menetap di Jeddah.

Beliau mempelajari ilmu daripada para Masyayikh dan sanad pengajian beliau bersambung sehingga ke datuknya yg mulia, Sayyidina Rasulullah Sollallahualaihiwasallam. Antara para ulama yg berperanan mendidik beliau ialah:

1-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf Hafizohullah

2-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Ahmad Masyhur bin Toha Al-Haddad Rahimahullah

3-Al-Imam Al-Allamah Muhadith Haramain Al-Habib Muhammad bin Alawi Al-Maliki Rahimahullah

4-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Abu Bakar Al-'Adni bin Ali Al-Masyhur Hafizohullah

5-Al-Imam Al-Allamah Al-Habib Umar bin Hafiz Hafizohullah

Memadailah dengan menyebut nama mereka di atas bagi memperkenalkan sedikit-sebanyak tentang keilmuan dan sanad pengajian beliau.

Operasi Dakwah

Beliau sibuk menceburkan diri dalam bidang dakwah kepada Allah Subhanahuwataala melalui cara yg berhikmah dan gaya penyampaian yg hebat. Keistimewaan dakwah beliau ialah pengorbanan beliau melakukan rihlah dakwah ke negara-negara yg jauh daripada para ulama dan masyarakat Muslim. Beliau menerokai dunia-dunia asing ini dengan membawa mesej Tauhid dalam situasi masyarakat dunia hari ini yg terlalu sibuk dengan kehidupan duniawi lalu melupakan penciptanya. Muslim sendiri seolah-olah terlupa tanggungjawab mereka terhadap ummatul dakwah yg tinggal di ceruk-ceruk terpencil di dunia ini. Antara negara-negara yg pernah dijejaki beliau dalam meneruskan usaha dakwab ialah negara-negara di sebelah Afrika, seperti Kenya, Tanzania, Uganda. Beliau juga melakukan dakwah di Amerika, negara-negara Teluk, Yaman, Lubnan, Mesir dan Jordan.

Kisah di Afrika

Sebenarnya beliau baru sahaja pulang berdakwah di Afrika. Keletihan tampak di wajah beliau. Walaubagaimanpun, Alhamdulillah, dengan hidayah Allah Subhanahuwataala ratusan penduduk negara dunia ketiga itu mengucapkan kalimah syahadah. Pergolakan politik di negara tersebut tidak menghalang usaha dakwah beliau untuk memperkenalkan cahaya kebenaran kepada mereka. Mereka mendakwa bahawa tiada siapa yg membawa ajaran Islam dan membentangkannya kepada mereka. Mungkin sahaja usaha dakwah pernah dilakukan terhadap generasi sebelum mereka, tapi masa telah menelan segalanya. Maka, Al-Habib mengambil peranan mulia ini untuk mempamerkan Islam. Akhlak dan tuturkata yg indah amat penting dalam melumatkan kekufuran dan membenihkan keimanan di dalam hati-hati mereka.

Yang menariknya, beliau ada menceritakan tentang seorang Muslim yg menasihati beliau supaya membiarkan mereka dengan agama kufur mereka dengan alasan bahawa mereka tidak akan menerima Islam dan akan berkeras untuk kekal dalam agama asal. Anehnya, lelaki itu merupakan seorang yg terpelajar dan bukanlah orang awam. Tanggungjawab dakwah tidak boleh diabaikan. Lalu Al-Habib menjawab bahawa beliau ingin mencuba terlebih dahulu. Kerana Hidayah adalah milik Allah Subhanahuwataala dan Dia akan berikannya kepada sesiapa sahaja yg Dia kehendaki.

Ketika berdakwah di Afrika

Al-Habib terus melaksanakan operasi dakwahnya itu. Tiba-tiba, dalam setengah jam atau sejam sahaja mereka sudah mahu memeluk Islam. Allahu Akbar!!! Ratusan manusia telah berjaya diislamkan! Lihatlah dunia, Islam itu akan tersebar dengan mulianya! Lalu Al-Habib berkata bahawa masalah sekarang ialah bukan mereka yg tidak mahu menerima Islam tapi kamu yg tidak mahu mereka menerima Islam!

Beliau juga menjelaskan lagi bahawa masyarakat awam sebenarnya seolah-olah sedang berkata-kata kepada para penuntut ilmu " Ajarlah kami, ajarlah kami..." Sesungguhnya Lisanul Hal afsoh min lisanil maqol...Sabda Rasululullah Sollallahualaihiwasallam " بلغوا عني ولو أية " bermaksud "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat".

Beliau juga menceritakan tentang seorang ulama Hadramaut yg berpindah ke Makkah untuk menuntut ilmu. Setiap hari beliau akan berdiri di hadapan Kaabah dan berdoa supaya ilmu yg dipelajari dapat dimanfaatkan dan disampaikan ke seluruh pelusuk alam. Tetapi keadaan ketika itu seolah-olah tidak memungkin beliau untuk mencapai hasrat besarnya itu. Maka, beliau pulang ke Hadramaut dan mengajar di Ribat, Tarim. Hasilnya, kita sedang menyaksikan bahawa doanya itu dimakbulkan Allah. Para pelajar dari seluruh pelusuk dunia telah datang untuk belajar di Ribat, Tarim. Mereka yg datang kepada ilmu beliau. Rahsianya menurut Al-Habib ialah keikhlasan yg sebenar kepada Allah.

Benarlah, tidak semestinya natijah usaha kita akan kita lihat sendiri. Tapi mungkin, ia akan terhasil setelah beberapa ketika. Pokoknya, usaha dan terus usaha. Allah tidak pernah mempertanggungjawabkan kita untuk membahagi-bahagikan hidayah kepada makhluk. Kerana hidayah itu bukan hak kita. Hatta Rasulullah Sollallahualaihiwasallam sendiri tidak diberikan tanggungjawab sebegitu. Hidayah adalah hak milik mutlak Allah Subhanahuwataala.

Maka, Allah Taala tidak akan menyoal adakah ada manusia mahupun jin telah menerima dakwah kamu? Tapi soalan yg akan diajukan ialah adakah kamu telah berdakwah?

Karya-karya beliau:
  • [1] الطوالع السعدية في بيان مهام الدعوة الفردية
  • رسالة الغريب 1 و 2
  • رسالة الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر
  • الجواهر من كلام السادة الأكابر
_______________
[1] Kitab ini diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Abd Aziz Al-Yamani, diterbitkan oleh PMRAM.
sumber

You Might Also Like

0 comments

Kalam Murabbi

Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yang datang dari ALLAH tidak hadir secara percuma, Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh ALLAH itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.

Almarhum Tuan Guru Dato` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz b Haji Nik Mat

Archives

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe