Hadis Nabi

  • Ulama Pewaris Nabi

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Pesan Umar Abdul Aziz

"Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak bisa menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Biografi Dato' Fadzil Noor

23:25


Latar Belakang


Fadzil@Ali bin Mohd Noor dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, Alor Setar,
Kedah. Ayahnya Mohd Noor Abdul Hamid dan ibunya Hindun Abdul Rahman meninggal dunia
sewaktu beliau masih kecil. Moyangnya Tuan Guru Hj Idris yang lebih dikenali sebagai Tuan Syeikh
Idris Al-Jarumi adalah seorang ulama’ terkenal di Kedah yang berasal dari Patani. Ustaz Fadzil Noor
mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga (1946-1949). Beliau melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah di Maktab Mahmud Alor Setar (1949-1958) dan peringkat tinggi (1958-1962).
Setelah tamat pengajiannya di Maktab Mahmud, Ustaz Fadzil Noor menjadi guru di Sekolah
Menengah Badlishah, Kulim, Kedah. Kemudian beliau bertugas sebagai pegawai di Jabatan Zakat
Negeri Kedah.
Pada tahun 1962, Ustaz Fadzil Noor melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir. Pada tahun
1967 beliau berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah.
Sekembalinya dari Mesir, Ustaz Fadzil Noor menjadi tenaga pengajar di Maktab Mahmud (1967-
1973) dan pada tahun 1973 menerima tawaran sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia,
Kuala Lumpur.
Penglibatan Awal
Bakat kepimpinan Ustaz Fadzil Noor terserlah bila beliau bergerak cergas dalam persatuan pelajar
dan terkenal sebagai pemidato yang pintar dan dihormati di Maktab Mahmud. Ketika di Mesir Ustaz
Fadzil Noor memimpin Kesatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sebagai ketua penerangan,
setiausaha dan akhirnya sebagai timbalan presiden. Ustaz Fadzil Noor pernah menjadi setiausaha
Persatuan Ulama Malaysia (1974-1976), Setiausaha Penerangan ABIM (1973-1974) dan Timbalan
Presiden ABIM (1974-1978). Ustaz Fadzil Noor juga pernah menjadi setiausaha Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Kedah. Semasa memimpin ABIM, Ustaz Fadzil Noor turut terlibat
dalam demonstrasi membela rakyat miskin di Baling, Kedah pada tahun 1974. Ketika Anwar Ibrahim
ditahan di bawah ISA di Kamunting dari tahun 1974 hingga 1976, Ustaz Fadzil Noor menjadi
Pemangku Presiden ABIM.
Penglibatan dalam PAS
Ustaz Fadzil Noor mula terlibat dengan PAS pada tahun 1959 ketika masih menuntut di Maktab
Mahmud. Beliau membantu calon-calon PAS dalam pilihanraya tahun tersebut. Ustaz Fadzil Noor
juga dalam kempen tersebut sering mengikuti ceramah-ceramah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof.
Zulkifli Muhammad. Ustaz Fadzil Noor seterusnya dilantik menjadi YDP PAS Kawasan Kuala Kedah
dan Ahli Perhubungan Negeri PAS Kedah.
Jawatan tertinggi yang disandang oleh Ustaz Fadzil Noor adalah:
Page 2 of 12
* Naib Yang Dipertua (1979-1983)
* Timbalan Yang Dipertua (1983-1989)
* Presiden PAS (1989-2002)
Ustaz Fadzil Noor mula menjadi Yang Dipertua pada 31 Mac 1989. Nama jawatan Yang Dipertua PAS
ditukar menjadi Presiden PAS pada masa beliau.
Ditahan Polis
Dalam perjuangan menegakkan kebenaran, Ustaz Fadzil Noor pernah ditahan dua kali oleh pihak
polis. Pada penghujung tahun 1970an, ketika sedang berucap dalam majlis ceramah di Kg Seberang
Takir, Terengganu, tiba-tiba pihak polis mengumumkan bahawa ceramah tersebut adalah
perhimpunan haram. Turut hadir dalam ceramah itu adalah Ustaz Abdul Hadi Awang,Mustafa Ali dan
Ustaz Fadhullah Shuaib. Tanpa menghiraukan amaran tersebut, Ustaz Fadzil Noor meneruskan
ceramahnya dengan memberi peringatan kepada pihak polis tentang sebuah hadith Nabi s.a.w.
Sepasukan polis terus menyerbu dan menahan Ustaz Fadzil Noor beserta para penceramah lain.
Mereka terus dibawa ke balai di bandar Kuala Terengganu malam itu juga. Bermalamlah Ustaz Fadzil
Noor di lokap pada malam itu. Lewat malam itu juga Pemuda PAS memobilisasi sokongan dan
menjelang subuh kira-kira 15,000 orang ahli dan penyokong PAS telah berkumpul di luar kawasan
balai polis Kuala Terengganu. Mereka mendesak pemimpin-pemimpin mereka dibebaskan segera.
Perundingan antara beberapa orang wakil PAS dengan pihak polis diadakan. Hasilnya, Ustaz Fadzil
Noor dan pemimpin-pemimpin yang ditahan dalam lokap tersebut dibebaskan tanpa sebarang
tindakan.
Sekali lagi Ustaz Fadzil Noor ditahan oleh pihak polis adalah dalam ceramah di Jerlun, Kedah.
Peristiwa ini berlaku ketika kes Muassasah Darul Ulum menjadi isu panas di antara PAS dengan
UMNO di Kedah. Ustaz Fadzil Noor ditahan semasa berceramah. Beliau ditahan bersama Hj. Shaari,
YDP PAS Kawasan Jerlun dan dikenakan ikat jamin. Kesnya terus dibawa ke mahkamah. Walau
bagaimanapun kes ini digugurkan berikutan kematian Hj. Shaari.
Orang Kanan Tuan Guru Yusof Rawa
Dalam perjuangan bersama-sama PAS, terutamanya sejak era peralihan kepimpinan, Ustaz Fadzil
Noor sentiasa berseiringan jalan dengan Tuan Guru Yusof Rawa. Selepas pilihanraya tahun 1978 lagi,
ketika Tuan Guru Yusof Rawa menjadi Naib Yang Dipertua pertama, Ustaz Fadzil Noor menjadi Naib
Yang Dipertua kedua. Semasa Tuan Guru Yusof Rawa berjaya memenangi jawatan Timbalan yang
Dipertua parti dalam tahun 1981, Ustaz Fadzil Noor pula menduduki jawatan Naib Yang Dipertua
pertama.
Apabila Majlis Syura Ulama’ diwujudkan melalui pindaan Perlembagaan PAS, Ustaz Fadzil Noor
bersama-sama Tuan Guru Yusof Rawa mewakili Jawatankuasa PAS Pusat untuk duduk dalam Majlis
Syura Ulama’. Ketika Tuan Guru Yusof Rawa dipilih menjadi Mursyidul Am yang pertama, bebanan
tugas Yang Dipertua telah dilaksanakan sebahagiannya oleh Ustaz Fadzil Noor.
Page 3 of 12
Demikian juga semasa Tuan Guru Yusof Rawa uzur menjelang saat-saat akhir beliau memegang
jawatan Yang Dipertua, maka Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang menjalankan tugas-tugas
teraju utama parti. Ustaz Fadzil Noor merupakan orang yang paling kehadapan membantu Tuan Guru
Yusof Rawa semasa PAS berhadapan dengan krisis peralihan kepimpinan dan tragedi Memali.
Ustaz Fadzil Noor juga menjadi pembantu utama semasa Tuan Guru Yusof Rawa merintas konsep
kepimpinan ulama’ dan mengukuhkan asas-asas harakah Islamiyyah dalam PAS. Ustaz Fadzil Noor
adalah orang kanan Tuan Guru Yusof Rawa sepanjang perjuangan mereka bersama-sama dalam PAS.
Menangani Fatwa Syuhada’ Memali
Semasa tercetusnya tragedi Memali, tugas menangani kes tersebut telah diserahkan oleh Tuan Guru
Yusof Rawa kepada Ustaz Fadzil Noor. Beliau pada masa itu adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.
Persoalan paling utama kepada Ustaz Fadzil Noor pada masa itu adalah bagaimana jenazah hendak
diurus? Adakah mereka syuhada’?. Sekiranya mereka mati syahid, jenazah mereka tidak perlu
dimandi, dikapan dan disolat-jenazahkan.
Ustaz Fadzil Noor terus menemui Tuan Guru Haji Omar, seorang alim yang sangat disegani di Baling.
Menurut Tuan Guru Haji Omar, Ustaz Ibrahim Libya dan rakan-rakannya sah mati syahid.
Ustaz Fadzil Noor merujuk lagi kepada Tuan Guru Haji Yahya Joned, ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah
dan menantunya Ustaz Azahari Abdul Razak, ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah. Kedua mereka
adalah pimpinan ulama’ PAS Kedah.
Mereka berdua menyokong pendapat Tuan Guru Haji Omar.
Ustaz Fadzil Noor seterusnya cuba mendapatkan pengesahan daripada Majlis Fatwa Negeri Kedah
tetapi dalam waktu yang suntuk Majlis Fatwa tidak dapat mengadakan mesyuarat.
Dengan itu jenazah Ustaz Ibrahim Libya dan 13 orang rakan-rakannya dikebumikan sebagai para
syuhada’.
Dua minggu kemudian Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam Kedah mengatakan mereka tidak
mati syahid dan dianggap sebagai syibghul bughah.
Seterusnya Majlis Fatwa Kebangsaan pula mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya dan
rakan-rakannya sebagai bughah, atau penderhaka.
Ustaz Fadzil Noor mengatakan jika pihak kerajaan menganggap mereka tidak syahid, kerajaan mesti
bertindak menggali kubur, memandi, mengkafan dan menyembahyang-jenazahkan mereka!
Untuk meredakan keadaan, Sultan Kedah telah perkenan menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya dan
rakan-rakannya.
Berikutan itu Ustaz Fadzil Noor mengulas:
Page 4 of 12
”Mana ada raja perkenan menziarah kubur orang derhaka? Macam Hang Jebat yang
dianggap derhaka kepada Raja Melaka, tidak pernah ada raja-raja dari dulu hingga
sekarang ziarah kubur Hang Jebat”
Tindakan terhadap Ibrahim Libya adalah untuk mengelakkan pengaruhnya dan pengaruh PAS
berkembang agar UMNO tidak tergugat di Baling.
Tetapi tanpa Ibrahim Libya pun, akhirnya Baling jatuh ke tangan PAS pada pilihanraya 1999.
Dalam debat Parlimen, isu Memali dibangkitkan oleh UMNO. Pihak yang mengatakan Ustaz Ibrahim
Libya dan rakan-rakannya tidak syahid mencabar supaya Ustaz Fadzil Noor menggali pusara syuhada
itu, sama ada hancur atau tidak jenazah mereka.
Ustaz Fadzil Noor lantas menjawab:
”Kami percaya mereka syahid, kami tidak perlu menggali kuburnya. Yang Berhormat yang
tidak percayalah yang patut menggalinya untuk melihat badan mereka hancur atau masih
segar”
Memantapkan Konsep Kepimpinan Ulama’
Kepimpinan Ulama’ diasaskan semasa kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa sebagai Yang Dipertua
dengan Ustaz Fadzil Noor sebagai timbalannya.
Di bawah kepimpinannya, Ustaz Fadzil Noor menekankan agar golongan ulama’ hendaklah sentiasa
berusaha untuk melayakkan diri menjadi pemimpin dan PAS memberikan perhatian supaya institusi
ulama’ mesti disokong dan didaulatkan.
Ustaz Fadzil Noor berpandangan bahawa kepimpinan PAS akan lebih terbuka dan lebih banyak
dipikul oleh golongan intelektual masa depan, namun konsep kepimpinan ulama’ akan terus menjadi
teras.
Dengan itu Ustaz Fadzil Noor tetap menekankan perihal pentingnya penghayatan kepimpinan ulama’.
Sejak kepimpinan ulama’ diketengahkan, PAS berjaya menawan dua buah negeri iaitu Kelantan dan
Terengganu.
Kedua-dua negeri ini telah memberikan penghormatan kepada ulama’ untuk menjadi Menteri Besar.
Kehadiran Ustaz Fadzil Noor dan Ustaz Abdul Hadi Awang ke Parlimen juga merupakan satu
penampilan tokoh ulama’ yang berwibawa dan amat dikagumi.
Kempen Menambah 500,000 Ahli
Setelah menjadi Presiden, Ustaz Fadzil Noor menyedari bahawa walaupun setelah 40 tahun usia PAS,
jumlah keahliannya baru mencecah 300,000 orang.
Pada tahun 1990, beliau melancarkan kempen menambahkan keahlian PAS kepada 500,000 orang
dalam tempoh lima tahun.
Page 5 of 12
Sasaran ini adalah sebelum pilihanraya tahun 1995.
Dalam satu Ucapan Dasarnya, Ustaz Fadzil Noor menyarankan supaya pemimpin-pemimpin di semua
peringkat hendaklah memastikan agar ada cawangan PAS di setiap kampung, di setiap taman
perumahan dan di setiap lorong.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang ahli PAS dalam setiap
rumah.
Ustaz Fadzil Noor membuktikan arahannya itu dilaksanakan di kawasannya sendiri di DUN Bukit
Raya. Di Bukit Raya, cawangan-cawangan PAS jauh melebihi cawangan-cawangan UMNO.
Pada Jun 1995, keanggotaan PAS telah mencecah 400,000.
Walaupun jumlah tersebut tidak memenuhi sasarannya, namun purata penambahan 2,000 orang ahli
sebulan telah dapat dicapai.
Ledakan pertambahan ahli ini walau bagaimanapun berlaku setelah tercetusnya Reformasi ekoran
pemecatan Anwar Ibrahim.
Purata penambahan ahli PAS untuk beberapa bulan berikutnya adalah antara 10,000 hingga 15,000
orang sebulan.
Pelaksanaan Hudud
Enakmen Syariah II Kelantan yang termasuk di dalamnya hukum hudud telah dikemukakan oleh
Kerajaan PAS Kelantan semasa kepimpinan Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS telah mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan
syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951.
Para pemimpin PAS sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita tersebut.
Hasrat ini telah disebut dalam ceramah dan manifesto-manifesto pilihanraya PAS.
Ustaz Fadzil Noor menjelaskan bahawa PAS dalam melaksanakan syariat Islam tidak pernah bersikap
terburu-buru.
Contohnya, kerajaan Kelantan telah mengambilkira pandangan awal Perdana Menteri yang pernah
membuat kenyatan bahawa beliau bersedia memberi laluan kepada Kelantan untuk melaksanakan
hudud.
Kerajaan Kelantan juga mengambil kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri yang menyebut
kononnya UMNO tidak menentang hudud.
Pandangan parti-parti bukan Melayu juga diberi perhatian.
Ketua Dewan Ulama’ sebagai sifatnya Menteri Besar Kelantan telah membuka pintu pejabatnya
untuk berdialog dengan ketua-ketua agama dan politik serta pemimpin-pemimpin masyarakat.
Page 6 of 12
Ustaz Fadzil Noor menegaskan bahawa kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila rang
enakmen itu dibenarkan untuk dibahas dalam seminar terbuka oleh pelbagai pihak sebelum
dibentangkan dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Tetapi malangnya UMNO tidak kelihatan.
Ustaz Fadzil Noor telah membidas perbuatan mereka dengan mengatakan bahawa Barisan Nasional
yang mendakwa sebagai juara demokrasi sebenarnya belum berani untuk menghadapi rakyat seperti
yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.
Ustaz Fadzil Noor turut menyelar tindakan UMNO menolak enakmen tersebut serta pakatan mereka
untuk menggagalkan pelaksanaan syariat Islam di negeri Kelantan.
Perhimpunan 100,000 Rakyat
Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan pada 5 November 2000 adalah satu perhimpunan aman
anjuran aktivis yang menyokong BA daripada parti- parti politik, NGO dan Reformasi. PAS di bawah
kepimpinan Ustaz Fadzil Noor telah memberi sokongan yang padu untuk menjayakan perhimpunan
ini.
Ini berlaku apabila Ustaz Fadzil Noor membenarkan setiausaha politiknya, Dr. Mohd Hatta Ramli,
untuk terlibat sebagai salah seorang ahli jawatankuasa penganjur. Ustaz Fadzil Noor juga telah
mengarahkan Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharuddin Md Isa untuk mengeluarkan surat kepada
setiap PAS Negeri untuk mengerahkan ahli-ahli PAS turun untuk menjayakan perhimpunan aman
tersebut.
Sokongan yang diberikan serta komitmen Ustaz Fadzil Noor sendiri untuk hadir ke perhimpunan
tersebut telah menyebabkan pemimpin-pemimpin utama parti-parti politik bersetuju untuk turut
serta. Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti KeADILan Nasional, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP dan Dr.
Syed Husin Ali, Presiden PRM turun bersama-sama rakyat menyertai perhimpunan aman tersebut.
Apabila laluan ke tempat perhimpunan disekat oleh polis, keempat-empat pemimpin utama partiparti
politik Barisan Alternatif itu turun daripada kenderaan masing-masing dan berjalan bersamasama
puluhan ribu rakyat di atas Lebuhraya KESAS.
Solidariti keempat-empat pemimpin BA berjalan di barisan hadapan perarakan itu, benar-benar
menyuntik semangat kepada rakyat tentang betapa mantapnya gandingan dan kerjasama BA.
Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor dan para pemimpin BA menunjukkan contoh semangat yang kental
apabila mereka berjalan sejauh hampir lima kilometer di atas Lebuhraya yang sudah tiada kenderaan
boleh melaluinya lagi itu.
Apabila tiba di tempat yang sudah tidak boleh lagi dilalui kerana sekatan polis, semua para pemimpin
diundang untuk membuat ucapan.
Pada hari itu, Ustaz Fadzil Noor berucap di atas tembok pemisah lebuhraya dengan dikelilingi oleh
kira-kira 100,000 rakyat. Dalam ucapanya yang penuh semangat itu, Ustaz Fadzil Noor menyeru agar
Page 7 of 12
semua rakyat bersatu untuk berjuang mengembalikan hak mereka yang sudah dicabul dan dirampas
oleh Dr. Mahathir dan kerajaan UMNO-BN.
Apabila lebih seratus orang ditahan oleh polis kerana menyertai perhimpunan aman tersebut, Ustaz
Fadzil Noor telah mengarahkan Dr. Mohd Hatta Ramli untuk mengendalikan urusan ikat jamin dan
pembebasan mereka daripada lokap. Sokongan terhadap perhimpunan aman di Lebuhraya KESAS ini
diteruskan oleh Ustaz Fadzil Noor dengan merintis penubuhan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
GMI ditubuhkan apabila pengerusi dan ahli-ahli serta penggerak utama Jawatankuasa Perhimpunan
100,000 Rakyat ditahan di bawah ISA pada 10 April 2001.
Demonstrasi aman seperti ini adalah suatu yang tidak asing bagi Ustaz Fadzil Noor. Ini kerana masa
mudanya lagi, iaitu pada tahun 1974, beliau telah pun terlibat dalam demonstrasi membela rakyat
miskin di Baling. Bahkan, pada akhir-akhir hayatnya pun beliau masih menggagahkan diri untuk hadir
bersama rakyat dalam perhimpunan-perhimpunan aman.
Sebulan sebelum beliau meninggal dunia, Ustaz Fadzil Noor telah hadir dalam perhimpunan aman di
depan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur membantah tindakan Amerika mahu menyerang
Iraq. Dalam perhimpunan aman tersebut, pihak polis FRU telah mengganas menyerang orang ramai
dengan tembakan gas pemedih mata dan semburan air berkimia.
Ustaz Fadzil Noor terkena gas pemedih mata dengan teruk sekali. Sejak itu kesihatannya sangat
terganggu. Menurut setiausaha politik dan doktor peribadinya, Dr. Mohd Hatta Ramli, sejak itu
kesihatannya semakin merosot hinggalah beliau memerlukan pembedahan dan seterusnya
menghembuskan nafas terakhir.
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.
Pencapaian Sebagai Ahli Politik Islam dan Sumbangan kepada Gerakan Islam
Pembabitan awal Ustaz Fadzil Noor dalam politik pilihanraya bermula pada tahun 1978. Beliau
bertanding dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen Kuala Kedah dan DUN Alor Merah.
Pada tahun 1980, dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Raya, sekali lagi beliau menjadi calon PAS untuk
merebut kerusi tersebut. Beliau gagal dalam kedua-dua percubaan ini. Hanya dalam pilihanraya
tahun 1982, Ustaz Fadzil Noor memenangi kerusi DUN Bukit Raya dan seterusnya mempertahankan
kerusi tersebut selama empat penggal berturut-turut. Pada pilihanraya tahun 1999, Ustaz Fadzil Noor
menang kerusi Parlimen Pendang dan juga kerusi DUN Anak Bukit.
Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor PAS mengalami kejayaan paling besar sepanjang sejarah
penglibatan dalam pilihanraya. Pada pilihanraya tahun 1999, PAS memenangi 27 kerusi Parlimen dan
98 kerusi DUN. Dengan kedudukan tersebut, Ustaz Fadzil Noor telah dipilih sebagai Ketua
Pembangkang di Parlimen. Beliau merupakan pemimpin kedua daripada PAS yang memegang
peranan tersebut.
Sejak peranan ketua pembangkang diwujudkan di Parlimen oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak
pada tahun 1972, Dato’ Mohd Asri adalah orang pertama daripada PAS yang menjadi Ketua
Pembangkang.
Page 8 of 12
Di peringkat politik dalam negeri, Ustaz Fadzil Noor telah berjaya mewujudkan beberapa pakatan
politik atau tahaluf siyasi. Antaranya CCC, Angkatan Perpaduan Ummah dan Barisan Alternatif. Beliau
juga telah berjaya mewujudkan pakatan politik yang bertujuan khusus menentang kezaliman ISA
melalui penubuhan GERAK dan GMI, Gerakan Mansuhkan ISA.
Di peringkat serantau beliau memainkan peranan untuk mewujudkan permuafakatan di kalangan
kumpulan-kumpulan Islam di Indonesia.
Selepas tercetusnya Reformasi Indonesia dan jatuhnya Presiden Suharto, maka telah muncal banyak
parti-parti yang berteraskan Islam di Negara tersebut. Ustaz Fadzil Noor mengambil inisiatif dan
langkah diplomasi bertemu pemimpin parti-parti tersebut dan mengsyorkan agar mereka tidak
membentuk terlalu banyak parti berteraskan Islam di sana.
Ustaz Fadzil Noor juga telah berjaya menempatkan PAS sebarisan dengan gerakan-gerakan Islam dan
parti-parti politik Islam di peringkat antarabangsa.
Ustaz Fadzil Noor menegaskan:
”PAS sebagai sebuah jamaah Muslimin dan wadah kepada perjuangan umat, adalah satu
daripada mata rantai Gerakan Islam seluruh dunia. Ia bersama-sama dengan Ikhwan
Muslimin di Mesir, Jamaati Islami di benua kecil India, Refah Party di Turki, FIS di Algeria,
HAMAS di Palestin dan lain-lain harakah Islam di seluruh dunia, mendukung perjuangan
Islam dan bangun bersama Islam serta merealisasikan corak hidup Islam”
Di peringkat politik antarabangsa juga, Ustaz Fadzil Noor tegas dan lantang menentang kerakusan
dan dasar-dasar kejam kuasa Amerika dan Barat.
Dalam isu Palestin, Israel, Chechnya, Afghanistan
dan Iraq, PAS di bawah teraju Ustaz Fadzil Noor mengambil pendirian yang cukup lantang dan jelas.
Tidak sedikit pemimpin dan ahli-ahli PAS semasa menyatakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa
melalui ceramah dan demonstrasi aman yang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalamlokap.
Pendiriannya yang jelas dan tegas terhadap isu-isu antarabangsa yang melibatkan umat Islam telah
menyuntik semangat juang yang tinggi di kalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS.
Dalam masa yang sama Ustaz Fadzil Noor juga amat teliti dengan isu-isu tempatan. Sebagai contoh,
beliau amat cermat menangani isu hak istimewa orang Melayu di negara ini.
Mengambil hujah daripada tindakan Khalifah Umar bin Al-Khattab semasa pemerintahannya, Ustaz
Fadzil Noor menegaskan terdapat hak istimewa seumpama ini demi menjaga kepentingan penduduk
asal tempatan khususnya yang tidak berada. Demikian juga ketika berlaku kes Mohamad Sabu
menjelang pilihanraya 1995. Setelah mengadakan mesyuarat yang teliti, Ustaz Fadzil Noor
mencadangkan satu tindakan disiplin diambil. Mohamad Sabu diminta meletakkan jawatan daripada
parti dan keputusan ini diterima baik oleh Mohamad Sabu. Langkah ini dilakukan demi mengekalkan
kewibawaan PAS dan mengelakkan tohmahan terhadapnya.
Page 9 of 12
Selepas kes itu selesai dan mahkamah mendapati Mohamad Sabu tidak bersalah, maka ternyata
langkah yang diambil oleh Ustaz Fadzil Noor telah menguntungkan PAS dan perjuangan Islam.
Ustaz Fadzil Noor juga meneruskan tradisi muslimat PAS diberikan amanah untuk menjadi calon
dalam pilihanraya. Penampilan muslimat dari pelbagai lapisan latar belakang dan kerjaya telah
melonjakkan imej PAS sepanjang PAS diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor.
Ustaz Fadzil Noor juga amat berjaya di bidang dakwah dan pendidikan. Selaku Pesuruhjaya PAS
Kedah pada tahun 1985 beliau telah membeli sebuah estet kecil seluas 35 ekar untuk dijadikan
sebuah institusi pengajian tinggi Islam. Institusi ini dinamakan Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena,
Kedah.
Pada masa yang sama Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena yang didirikan oleh Ustaz Fadzil Noor
adalah setanding kehebatannya pada zaman kegemilangan Maahad Al-Ehya Al-Sharif yang diasaskan
oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Muassasah Darul Ulum menampilkan pelbagai kemelut pergeresan di
antara PAS dengan UMNO, kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri Kedah. Beberapa orang pemimpin
Pemuda PAS ditahan di bawah ISA dalam ketegangan isu Muassasah Darul Ulum. Bahkan, Ustaz
Fadzil Noor sendiri ditahan polis ketika berceramah di Jerlun mengenai isu Muassasah.
Kembali ke Rahmatullah
Ustaz Fadzil Noor kembali ke rahmatullah pada pagi 23 Jun 2002 setelah dua minggu mengalami
koma selepas pembedahan yang dijalaninya. Dengan arahan kerajaan Pusat, jenazahnya
diterbangkan dengan pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia ke Kedah. Jenazah dibawa ke
Muassasah Darul Ulum, institusi ilmu yang diasas dan diperjuangkannya.
Pada hari beliau dikebumikan pada malam 23 Jun 2002, hampir setengah juta orang berkumpul di
situ. Dari Alor Setar hingga ke kawasan itu, hampir 30km orang ramai penuh sesak di sepanjang jalan
menunggu jenazahnya lalu. Malah pada ketika terakhir jenazah hendak dikebumikan, tiada lagi
kenderaan dapat bergerak sepanjang hampir 10km menuju ke Muassasah Darul Ulum.
Tidak kurang 50,000 orang menunaikan solat jenazahnya pada malam itu. Ia dikira satu rekod
terbesar dalam sejarah umat Islam di negara ini.
Tahaluf Siyasi dan Reformasi
Ustaz Fadzil Noor meneruskan tradisi perjuangan mengekalkan perpaduan demi menjaga
kemaslahatan Islam dan negara yang telah diasaskan oleh pemimpin-pemimpin awal PAS.
Usaha Dr. Burhanuddin Helmy mewujudkan pakatan dengan lebih 80 buah parti dan pertubuhan
Melayu bagi mewujudkan PUTERA atau Pusat Tenaga Rakyat adalah satu contoh yang gilang
gemilang.
PUTERA dipengerusikan oleh Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) dengan Dr. Burhanuddin Al-Helmy
sebagai penggerak utama di belakangnya.
Melalui PUTERA, Dr. Burhanuddin Al-Helmy mewujudkan pula pakatan politik dengan Tan Cheng Lok
yang menerajui AMCJA.
Page 10 of 12
Kemuncak perjuangan PUTERA-AMCJA yang dipengerusikan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy adalah
hartal atau boleh dikatakan pada hari ini sebagai civil disobedience.
Hartal melibatkan 450,000 anggota dalam gabungan jaringan PUTERA-AMCJA.
Apabila pakatan PUTERA-AMCJA dilihat membahayakan penjajah British, maka undang-undang
Darurat pun dikuatkuasakan.
Sepanjang tempoh Darurat, Dr. Burhanuddin Al-Helmy telah terhalang daripada menggerakkan
sebarang pakatan politik.
Sebaliknya Tan Cheng Lok mula berjinak-jinak dengan UMNO dan akhirnya pakatannya dengan
pemimpin-pemimpin UMNO membolehkan MCA ditubuhkan.
Pada tahun 1959, Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan pengasas
UMNO sendiri iaitu Dato’ Onn Jaafar yang telah meninggalkan parti itu.
PAS telah memberi kerusi kepada Dato’ Onn untuk bertanding sebagai calon Parti Negara di
Terengganu dan beliau menang.
Dr. Burhanuddin Al-Helmy juga telah mengadakan pakatan politik dengan bekas ahli-ahli UMNO
dalam pilihanraya 1959, di antaranya dengan Khatijah Sidek.
Khatijah Sidek akhirnya menyertai PAS dan bertanding di atas tiket PAS dan memenangi kerusi
Parlimen Dungun dalam pilihanraya tersebut.
Demikian juga dengan Prof Zulkifli Muhammad di mana beliau merupakan pemimpin PAS pertama
yang mencadangkan agar PAS menerima kaum Cina dan orang bukan Islam sebagai ahli bersekutu
PAS.
Ketika menggerakkan pakatan CCC, Ustaz Fadzil Noor telah meminta pasukan penyelidikan PAS
mengkaji semula pandangan atau mana-mana penulisan Prof Zulkifli Muhammad berkenaan isu
penyertaan kaum bukan Islam dalam PAS.
Walaupun timbul beberapa krisis dalaman PAS dengan kemasukan PAS dalam kerajaan campuran
dan Barisan Nasional pada zaman kepimpinan Dato’ Mohd Asri, Ustaz Fadzil Noor tetap berpendirian
bahawa ianya adalah satu langkah bagi mewujudkan pakatan politik yang menjadi amalan politik
PAS.
Berbekalkan tradisi tahaluf siyasi seperti inilah yang mendorong Ustaz Fadzil Noor mewujudkan
pakatan dengan Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh dalam Angkatan Perpaduan Ummah.
Hasil daripada tahaluf siyasi ini, PAS berjaya memerintah Kelantan.
Demikian juga apabila berlakunya Reformasi berikutan pemecatan Anwar Ibrahim. Tradisi yang
diwarisi daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dan pengalamannya sendiri, menjadikan Ustaz
Fadzil Noor mengorak langkah bagi mewujudkan tahaluf siayasi dengan penyokong-penyokong
Anwar Ibrahim.
Page 11 of 12
Bermula dengan GERAK, seterusnya Ustaz Fadzil Noor merintis penubuhan Barisan Alternatif yang
merupakan satu tahaluf siyasi ke arah pembentukan Malaysia Baru.
Langkah tersebut telah membawa hasil yang begitu besar kepada PAS dan perjuangan Islam pada
pilihanraya 1999.
PAS mengekalkan kuasa di Kelantan dan berjaya mewujudkan kerajaan di Terengganu.
Pendekatan tahaluf siyasi yang diterajui oleh Ustaz Fadzil Noor juga bersumber daripada warisan
kepimpinan terbuka dan sederhana Tuan Guru Yusof Rawa.
Di bawah teraju kepimpinannya, Tuan Guru Yusof Rawa telah membuka ruang bagi pemimpinpemimpin
pelapis PAS untuk mewujudkan pakatan-pakatan politik yang boleh memenangkan
dakwah dan politik Islam.
Kerjasama dan pakatan dengan pertubuhan dan aktivis kaum Cina hingga tertubuhnya CCC adalah
satu dayacipta keterbukaan dan kesederhanaan kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa.
Ustaz Fadzil Noor juga sering mengingatkan pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa PAS adalah
berakarumbi daripada perjuangan Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol.
Tatkala menyebut Hizbul Muslimin, sekali gus Ustaz Fadzil Noor mengingatkan pemimpin dan ahliahli
PAS bahawa tradisi kepimpinan ulama’ sebenarnya bersumber daripada perjuangan dan
pengorbanan para ulama’ angkatan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir.
Keberanian dan sikap terbuka Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dalam merintis pelbagai tahaluf siyasi seperti
PEPERMAS, MATA, LEPIR dan seumpamanya menjadi iktibar bagi perjuangan PAS yang diterajui oleh
Ustaz Fadzil Noor.
Jika ada kesinambungan dan kesepaduan di antara perjuangan yang dirintis oleh Ustaz Abu Bakar Al-
Baqir, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Prof Zulkifli Muhammad dan Tuan Guru Yusof Rawa, maka Ustaz
Fadzil Noor menterjemahkannya dalam realiti politik pada masanya.
Demikian juga, jika usaha Dr. Burhanuddin Al-Helmy berjaya menggabungkan lebih 80 buah parti dan
persatuan Melayu dalam PUTERA untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah, Ustaz Fadzil
Noor pula telah berjaya mewujudkan gabungan lebih 80 buah parti politik dan NGO melalui GMI
untuk mendesak kerajaan memansuhkan undang-undang warisan penjajah, ISA!
Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, PAS terus bergerak menjadikan tahaluf siyasi sebagai satu
amalan utama dalam pergerakan siyasahnya.
Menentang Kezaliman ISA
Kezaliman ISA adalah suatu yang tidak asing lagi bagi Ustaz Fadzil Noor.
Ini kerana semasa beliau menjadi Timbalan Presiden ABIM, beliau terpaksa memangku jawatan
Presiden ABIM apabila Anwar Ibrahim ditahan di bawah ISA selama dua puluh bulan bermula dari
tahun 1974.
Page 12 of 12
Sekali lagi setelah Anwar Ibrahim ditahan dan dibelasah oleh Ketua Polis Negara pada malam 20
September 1998, keesokan harinya rakan lamanya itu diumumkan telah ditahan di bawah ISA.
Ustaz Fadzil Noor memahami benar bahawa ISA adalah senjata politik pemerintah.
ISA digunakan untuk melindungi kepentingan politik pemerintah. ISA juga digunakan untuk menutup
jenayah pemerintah.
Meneruskan dasar PAS terhadap ISA daripada kepimpinan Tuan Guru Yusof Rawa, Ustaz Fadzil Noor
terus melonjakkan PAS dalam sikap dan pendiriannya terhadap kezaliman ISA.
Ustaz Fadzil Noor mempengerusikan mesyuarat menentang ISA ekoran penahanan Anwar Ibrahim
dan beberapa penyokongnya bermula dari 20 September 1998.
Mesyuarat itu diadakan di Markaz Tarbiah PAS, Taman Melewar dan dihadiri oleh wakil-wakil
daripada PAS, PRM, DAP dan NGO daripada PUM, ABIM, JIM, SUARAM dan lain-lain.
Mesyuarat yang diadakan pada 25 September itu memutuskan untuk mendesak kerajaan
membebaskan segera semua tahanan ISA dan memansuhkan ISA.
Mesyuarat bersetuju sebulat suara untuk menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau
GERAK.
Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil Noor, GERAK dilancarkan pada 27 September 1998 di Markaz
Tarbiah, Taman Melewar.
Puluhan ribu rakyat dan ratusan wartawan dari dalam dan luar negara hadir ke majlis pelancaran
tersebut.
Dalam Ucapan Dasar di Muktamar PAS ke-45 pada Mei 1999, Ustaz Fadzil Noor menegaskan:
”Kejayaan PAS menggabungkan parti politik dan NGO dalam satu gerakan yang disebut
Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia atau GERAK, cukup untuk membuktikan
keupayaan kepimpinan PAS menerajui kebangkitan rakyat di negara ini”
Ustaz Fadzil Noor berulang kali menegaskan, sama ada dalam ceramah mahupun dalam perbahasan
di Parlimen, bahawa ISA bersama-sama undang-undang zalim yang lain seperti OSA, Akta Polis dan
Akta Cetak adalah undang-undang yang mencabul hak asasi rakyat di negara ini.

You Might Also Like

0 comments

Kalam Murabbi

Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yang datang dari ALLAH tidak hadir secara percuma, Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh ALLAH itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.

Almarhum Tuan Guru Dato` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz b Haji Nik Mat

Archives

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe