Saturday, 31 March 2012

Biografi Said Hawwa


Syeikh Said Hawa bin Muhammad Dib Hawwa lahir di kota Hamah, Syiria, tahun 1935. Beliau berusia 2 tahun ketika ibunya meninggal dunia. Beliau berpindah ke rumah neneknya di bawah asuhan sang ayah, seorang pejuang pemberani yang berjihad melawan Perancis. Pada masa mudanya berkembang pemikiran sosialis,Nasional, Ba’ats, dan Ikhwanul Muslimin. Allah memberikan kebaikan untuknya dengan bergabung ke dalam Jama’ah Ikhwanul Muslimin, tahun 1952, saat ia masih pelajar.
Said Hawwa berguru pada beberapa Syeikh Syiria. Diantaranya Syeikh dan Ulama Hamah, Syeikh Muhammad Al Hamid, Syeikh Muhammad Al Hasyimi, Syeikh Abdul Wahab Dabas, Syeikh Abdul Karim Arrifa’i, Syeikh Ahmad Al Murad dan Syeikh Muhammad Ali Murad. Said Hawwa juga belajar pada ustadz seperti Musthafa As-Shiba’i, Mushthafa Az-Zarga, Fauzi Faidhullah, dan lain-lain.
Pada tahun 1961 beliau lulus dari Universiti Syiria, mengikuti wajib militer sebagai perwira tahun 1963, berumahtangga pada tahun 1964, dan dikurniakan empat orang anak.
Aktiviti Dakwah Said Hawwa
Said Hawwa memberi kuliah, khutbah, dan ceramah, di Syiria, Arab Saudi, Kuwait, Emirat, Irak, Jordan, Mesir, Qatar, Palestin, Amerika dan Jerman. Beliau juga berperanan bahkan mengkordinasi demonstrasi menentang Undang-Undang Syiria tahun 1973. Kemudian dia dimasukkan penjara selama 5 tahun. Dipenjara beliau menulis buku tafsir Al-Asas Fit Tafsir (dua belas jilid) dan sejumlah buku dakwah lain. Beliau memimpin di Jama’ah Al Ikhwanul Muslimin, di peringkat nasional dan antarabangsa. Serta berperanan aktif dalam aktiviti dakwah, politik dan jihad.
Said Hawwa memiliki bakat besar dibidang pendidikan. Beliau bekerja sebagai pengajar di luar Syiria. Beliau mengajar di Arab Saudi selama 5 tahun, kota Al Hufuf wilayah Al Ihsa selama 2 tahun, dan Madinah Al Munawwarah selama tiga tahun.
Jejak-Jejak Kebaikan dan Warisan Ilmiah Said Hawwa
Said Hawwa memiliki jadual memberi pelajaran, dialog, dan ceramah, di Jami’iyah Al Ishlah Al Ijtimia’i di Kuwait dan Madrasah An najah. Ceramahnya mendapat respon positif dari generasi muda kebangkitan Islam.
Karya-karya Said Hawwa
Said Hawwa memiliki karya berkisar dakwah dan gerakan, yang diminati para pemuda muslim di negeri-negeri Arab dan Islam. Sebahagian besar karya tulisannya diterjemahkan ke bahasa lain.
Diantara karangan yg telah diterbitkan :
  1. Allah Jalla Jalaluhu
  2. Ar rasul Shallallahu alaihi wassalam
  3. Al islam
  4. Al asa fit tafsir
  5. Tarbiyatuna Arruhiyah
  6. Jundullah Tsaqafatan wa Akhlaqan
  7. dan lain-lain
Pulang ke Rahmatullah
Tahun 1987 Syeikh Said Hawwa terkena stroke, hingga sebahagian anggota badannya lumpuh. Beliau juga mengalami komplikasi berbagai penyakit. Ini memaksanya jauh dari masyarakat.
Pada tanggal 14 Disember 1988 Said Hawwa di tahan di rumah sakit dan keadaannya tidak tidak semakin pulih. Beliau telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis, tanggal 9 Mac 1989 di Hospital Amman, Jordan. Semoga Allah melimpahkan rahmat kepada Al akh Said Hawwa yang sabar terhadap komplikasi penyakit, penyiksaan, dan ujian menyakitkan di penjara selama bertahun tahun. Semoga Allah menjadikan itu sebagai pemberat timbangan amal kebaikannya, mengampuni kita, dan mengumpulkan kita bersama para nabi, orang orang shiddiq, syuhada, dan orang-orang soleh, kerana mereka sebaik-baik teman.

No comments:

Post a Comment

Author

Stats

Kata Hukama


About

Followers

Archives

Pelawat Seantero

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Sample Text

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng. Saya ambil artikel-artikel penulisan untuk rujukan saya dan sahabat-sahabat pelawat. Saya masih cetek ilmu tidak sehebat sahabat-sahabat yang menulis artikel-artikel di blog ini. Jazakumullah khairan kathira kerana sudi menghalalkan ilmu untuk perkongsian seluruh masyarakat Islam

Popular Posts