Biografi Hj Wan Abdul Rahman bin Wan Long
09:16
Terengganu, dan kemudian melanjutkan pelajaran agama di sekolah arab Sultan Zainal Abidin.
Dato’ Purba Diraja adalah antara tokoh pertama yang menganggotai Ahli Majlis Agama Islah dan Adat Melayu Terengganu pada tahun 1949, sekaligus merupakan ahli jawatankuasa yang paling lama menganggotai majlis tersebut.
keilmuannya dan sehingga akhir hayatnya, beliau terus menjadi rujukan pelbagai pihak berhubung dengan perkara-perkara keagamaan serta pernah menyelsaikan beberapa masalah rumit yang berlaku di beberapa kawasan di negeri Tereangganu. Sehubungan itu, beliau adalah seorang yang amat cermat dan berhati-hati dalam memberikan pendapatnya. Dato’ Purba Diraja adalah seorang yang amat pakar dalam bidang Fekah, terutama sekali dalam bidang ilmu Faraidh. Dato’ Purba Diraja juga adalah seorang pakar dalam bidang ilmu Falak sehingga beliau sendiri terlibat secara langsung dalam penyediaan taqwim hijrah. Beliau juga tidak ketinggalan menyumbang beberapa buah artikel tentang ilmu cakarwala dalam majalah suara jabatan agama yang diterbitkan pada bulan Ogos 1960 dan Julai 1962.
Dato’ Purba Diraja meninggal dunia pada 8 November 1990. Dengan kematian itu, Negeri Terengganu telah kehilangan seorang tokoh ulama’ dan juga ahli falak yang telah memberikan sumbangan yang tidak ternilai dalam perkembangan Islam di Negeri Terengganu.


0 comments