Biografi Sheikh Dr. Jamal Faruk Jibril Mahmud
11:01Pendidikan
Bandar Farshout terletak di Qina(قنا) iaitu salah satu negeri atau muhafazah di Mesir. Di sana Beliau menyempurnakan hafalan Al-Quran bersama Sheikh Muhammad Mansur Husain R.H. Pendidikan ketika peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas Al-Azhari di Maahad Farshout Ad-Dini. Kemudian Beliau menduduki Kuliah Ad-Dakwah Al-Islamiah di Keherah dan berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda (BA) pada tahun 1984M. Pada tahun 1990M Beliau melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (MA) dalam pengkhususan Agama-agama dan Mazhab-mazhab dengan memperolehi keputusan Mumtaz (Cemerlang). Beliau memperoleh Cemerlang berserta Kepujian di peringkat terakhir persijilan iaitu Doktor Falsafah(PhD) pada tahun 1994M di Kuliah Usuluddin. Beliau menyempurnakan Qiraat 10 Al-Quran bersama Sheikh Abdul Hakim Abdul Latif.
Pekerjaan dan Tugas
Selepas graduasi Beliau dilantik menjadi Imam dan Khatib di bawah Kementerian Wakaf pada 1985M. Dilantik menjadi Tutor atau Pembantu Professor Kuliah Dakwah Islamiah di Kaherah pada 1986. Ketika 1990M Beliau menjadi Pengajar Bantuan kemudian 1994M Beliau dilantik sebagai Tenaga Pengajar. Bergelar Profesor Madya di Fakulti Agama, Mazhab dan Aliran Kotemporari pada tahun 2000M. Beliau berhijrah ke Emirat Arab Bersatu sebagai Profesor Jemputan Kuliah Ad-Dirasat Al-IslamiahWal 'Arabiah di Dubai bagi tempoh 6 tahun bermula dari 2001 sehingga 2007M.
Kegiatan
Beliau melakukan pelbagai kegiatan diantaranya pembaca dan pembimbing Al-Quran Qiraat 7 dan 10. Melaksana beberapa pertemuan atau halaqah Quran dan bimbingan hukum bacaan. Beliau juga menyampaikan khutbah Jumaat serta mengadakan pengajian di Masjid Al-Azhar. Pengajian Beliau menggunakan kitab Syarah Al-Kharidah di dalam Ilmu Kalam. Melaksanakan pertemuan kuliah-kuliah agama di masjid-masjid. Bersama Lajnah Pemerhati bagi Kampus Universiti terutama pelajar-pelajar Al-Azhar dari segi kegiatan agama dan pendidikan.
Penulisan
-Kitab Sirah Nabawi (دراسات نصية في السيرة النبوية).
-Perselisihan dalam masalah-masalah Agama (الاختلاف في المسائل الدينية: مجالاته ودعائمه الخلقية).
-Kajian dalam masalah Tawasul (مبحث في التوسل ورد شبهات المانعين).
-Hubungan Agama dengan pelbagai ketamadunan dan peradaban (علاقة الدين بأنواع الثقافة والتهذيب).
-Perbahasan dalam Masalah Aqidah Islamiah (مبحث في مسائل العقيدة الإسلامية (صفة الوجود)).
-Mengomentar beberapa kitab iaitu:
- شرح الجزرية لابن يالوشه في علم التجويد
-Kajian mengenai Pemikiran yang salah dan Kesan Negatif mengenainya (بحث حول خطورة التكفير وآثاره السلبية).
-Kajian tehadap Fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah (بحث عن مفهوم أهل السنة والجماعة).
0 comments