Hadis Nabi

  • Ulama Pewaris Nabi

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Pesan Umar Abdul Aziz

"Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak bisa menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Biografi Muhammad Tahir Bin ‘Ashur (Ibn ‘Ashur)

19:30

Nama penuhnya ialah Muhamad Tahir  (al-Thani) bin Muhammad bin Muhamad Tahir (al-Awwal) bin Muhamad bin Muhamad Shazali bin  Abdul Qadir  Mahamad bin ‘Ashur. Beliau dilahirkan pada 1296/1878M di kediaman datuknya sebelah ibu Muhamad Aziz Bu’atur. Keluarga ini berasal dari Andalusia dan berhijrah ke Tunis pada tahun 1650M dan menetap di  sana. Perpindahan mereka ke Tunis kerana pencerobohan  tentera Salib  atas Andalusia. Datuknya Muhamad Tahir merupakan seorang ulama dan ahli fikih yang terkenal dan banyak mengarang buku termasuk hasiyah Qatr al-Nada. Beliau pernah menjadi kadi dan ahli fatwa pada zaman Muhamad Sadiq Bay dan meninggal dunia pada  1868M.

Bapanya Muhamad juga memegang jawatan sebagai ketua Majlis Persatuan Wakaf dan berkahwin dengan Fatimah bin Muhamad Aziz al-Bu’atur. Dari kedua-dua mereka inilah lahirnya Muhamad Tahir di Marsi berdekatan dengan ibu negeri Tunisia. Muhamad Azuz Bu’atur merupakan seorang menteri dalam pemerintahan Amir Sadiq Bay.

Keadaan politik pada zamannya ialah berlakunya penjajahan Perancis pada tahun 1881M ke atas Tunis sehingga Tunis mencapai kemerdekaan pada tahun 1956M. Antara revolusi penentangan terhadap penjajahan Perancis dilakukan oleh Muhamad Sanusi dan Bashir Safar yang kedua-duanya dikenali sebagai Bapa Kebangkitan Tunisia moden. Dari sudut ilmu pengetahuan terdapat lima faktor yang mempengaruhinya iaitu :
i.    Peranan yang dilakukan oleh Menteri Khairuddin Basha yang memerangi buta huruf dan meletakan asa pendidikan dalam membina masyarakat Tunis.
ii.    Pembinaan madrasah al-Sadaqiah yang  yang dibina pada tahun 1874M
iii.    Pembaikan pembelajaran di Jami’ al-Zaitun
iv.    Pembinaan Perpuskaan Umum (al-Abdaliah)
v.    Terbitan surat Khabar dan  majalah seperti surat khabar al-Ra’id dan surat khabar al-Zahrah pada tahun 1889M.

Ketika berusia 6 tahun dia telah menghafal al-Quran dari Muhamad al-Khiyari di Masjid Sayyid Abi Hadid. Di samping menghafaz matan al-Ajrumiah dalam nahu dan matan fiqah mazhab Maliki. Muhamad Tahir telah memasuki Jami’ al-Zaitun pada tahun 1893 pada ketika berusia 15 tahun dan belajar ilmu-ilmu agama di sini. Di samping itu, beliau juga belajar bahasa Perancis dai guru khas Ahmad Wanas Mahmudi. Pada tahun 1899, beliau telah memperolehi ijazah dari Universiti Zaitun. Beliau juga menghadiri Majlis ilmu Muhamad al-Nakhli dan belajar akidah, usul fiqah  dan kitab al-‘Asmuni dalam bidang nahu pada tahun 1900M.

Antara faktor pembentukan ilmu pengetahuannya ialah;

i.Faktor kecerdikan akal beliau yang mana sejak kecil lagi beliau terkenal sebagai seorang yang pandai dan cerdik. Ini diakui oleh rakannya Muhammad Khidir Husain
ii.Faktor kedua ialah sausana keluarganya yang kuat beragama. Datuknya Muhamad Tahir adalah seorang ulama sementara datuknya sebelah ibu Muhamad Aziz seorang menteri dan bapanya juga merupakan pegawai kerajaan.
iii.Faktor guru-gurunya  yang telah memberi kesan kepada pembentukan jiwa dan ilmunya.

Antara guru-gurunya ialah:
i.    Ahmad bin Badr al-Kafi –Belajar ilmu-ilmu asas dan Nahu
ii.    Ahmad Jamaluddin –Belajar Qatr al-Nada dalam Nahu dan Kitab al-Daradir fiqah Maliki.
iii.    Salim Buhajib (m. 1924)-belajar Sahih al-Bukhari dan al-Muwatta’ imam Malik.
iv.    Muhamad Salih Sharif (m.1921M)- belajar Nahu dan kitab tafsir al-Kasyaf. Oleh sebab itu, Muhammad Tahir mahir dalam tafsir ini dan manhaj bahasa ketika membicarakan dalam tafsir al-Tahrir wa al-Tanwir
v.    Abdul Qadir al-Tamimi –belajar ilmu tajwid dan Qira’at terutama qira’at Qalun
vi.    Umar bin Syeikh (m.1911)-Belajar al-Mawaqif karang al-‘Iji dan tafsir al-Baidawi pada tahun 1908
vii.    Umar bin ‘Ashur-belajar nahu, balaghah dan saraf
viii.    Muhamad khiyari -guru al-Quran dan hafalan semasa beliau kecil.
ix.    Muhamad Nakhli –belajar nahu, mantiq, Usul Fiqh dan fiqh Maliki.
Muhamad Tahir bin ‘Ashur telah mempelajari pelbagai ilmu Islam dari guru-guru yang meliputi ulum al-Quran, hadis, fiqah, tauhid, sirah nabawiah, nahu, balaghah, saraf dan kesusteraan Arab. Beliau juga mendapat ijazah hadis dari datuk sebelah ibu Muhamad Aziz Bu’atur iaitu sanad sahih al-Bukhari dan Muslim. Dalam  riwayat Hadis juga, beliau mendapat ijazah daripada Mahmud bin Khujah, Salim Hajib dan Umar bin Syeikh. Beliau belajar tajwid dan ilmu qiraat dari Abdul Qadir al-Tamimi, dan menghafal al-Quran dari Muhamad Khiyari. Belajar tafsir al-Baydawi dari Umar bin Syeikh dan Tafsir al-Kashaf dari Muhamad Salih Syarif.

Beliau juga terkesan dan terpengaruh dengan tokoh-tokoh Islah seperti Khairuddin Basha dan Mahmud Qabadu. Di samping itu, beliau juga terkesan dengan pembaharuan yang dibawa oleh Muhamad ‘Abduh dan Rashid Rida terutama dalam majalah al-Manar yang diterbitkan pada tahun 1898M. Pada tahun 1903M, Muhammad ‘Abduh telah melawat Tunis dan menyampaikan ceramah mengenai pembaharuan. Ceramah ini mendapat sambutan dari pembesar dan ulama Tunis. Muhamad Tahir yang baru berusia 24 tahun juga terkesan dengan idea pembaharuan Muhamad ‘Abduh dan ini terbukti dengan pembaharuan yang dilakukan olehnya dalam sistem pembelajaran di Jami’ Zaitun.

Muhamad Tahir telah membawa seruan pembaharuan terutama pembaikan dalam bidang pendidikan. Pada tahun 1910, beliau dipilih menjadi anggota panel dalam membuat pembaikan pembelajaran di Jami’ Zaitun. Beliau merupakan tokoh Tajdid Tunis dalam memerangi segala bentuk kejahilan dan buta huruf serta menyeru kepada penggunaan akal. Dalam melakukan islah ini, dua aspek utama pengislahan iaitu bidang bahasa dan pengajaran ilmu-ilmu agama.

Ibn ‘Ashur telah telah memegang jawatan akademik dan pentadbiran setelah memperolehi sijil dari Jami’ Zaitun pada 1899.

i. Menjadi guru di Jami’ Zaituniah pada tahun 1899M dan menjadi guru tetap pada 1903M pada peringkat kedua..dan menjadi guru pada peringkat pertama pada tahun 1905M ketika berusia 26 tahun.
 
ii. Pada tahun 1904M, menjadi guru di Sekolah Sadaqiah sehingga tahun 1932.
 
iii. Pada tahun 1905M, beliau dilantik menjadi ahli Majlis Pentadbiran  Persatuan Ibn  Khaldun.
 
iv. Pada 1911, beliau dilantik menjadi ahli Majlis wakaf dan pada tahun 1913M dilantik menjadi kadi.

v. Pada tahun 1923M, dilantik menjadi Mufti.
 
vi. Pada tahun 1932M, dilantik menjadi Syeikh al-Islam Maliki iaitu syeikh Jami’ Zaitun. Pada masa ini beliau hanya memegang jawatan selama satu tahun setengah dan memegang semula pada 1944-1951.
 
vii. Pada tahun 1956, beliau memegang Dekan Universiti Zaitun sehingga tahun 1960M.
 
viii.    Pada tahun 1955M, beliau menjadi ahli Liga Bahasa Arab di Damsyik.

Muhamad mula berkhidmat di Jami’ Zaitun pada tahun 1899M dan pada tahun 1903M telah berjaya menjadi guru pada peringkat kedua. Pada tahun berikut, beliau juga mengajar di Sekolah al-Sadaqiah. Pada tahun 1905M, beliau telah diangkat menjadi guru untuk mengajar pada peringkat pertama di Jami’ Zaitun. Semasa beliau menjadi Syeikh al-Zaytun ini, universiti telah berkembang dengan pesat dan mempunyai 25 cawangan termasuk satu cawangan di Algeria dan dua cawangan khas untuk pelajar wanita.
 
Ibn ‘Ashur turut aktif dalam bersatuan Ibn Khaldun yang yang mengadakan ceramah-ceramah dan pembelajaran terhadap ilmu-ilmu semasa. Tajuk-tajuk ceramah persatuan ini berkisar dalam meninggikan akal kaum muslimin dan kepentingan ilmu-ulmu semasa kepada umat Islam. Beliau juga aktif dalam madrasah al-Sadaqiah yang diasaskan oleh Khairuddiin Basha pada tahun 1875M. Sekolah ini merupakan lambang kepada sistem pendidikan moden. Ibn ‘Ashur telah menjadi anggota pentadbiran sekolah ini pada tahun 1910M.

Semasa memegang jawatan di Jami’ Zaitun beliau membuat beberapa rombokan dari segi penggunaan buku dan masa mengajar. Buku-buku yang digunakan dalam balaghah seperti ‘Asrar al-Balaghah dan Dala’il al-‘Ijaz oleh al-Jurjani, al-Muwatta’ Imam Malik, al-Muqadimah Ibn Khaldun dan Diwan al-Hamasah dalam kesusasteraan Arab. Beliau juga mengadakan pembaikan dalam bidang sistem pengajaran dengan mengadakan tiga peringkat pengajian dan setiap subjek mempunyai jadual waktu yang ditetapkan.

Di samping menjadi guru, beliau juga diangkat menjadi kadi  pada tahun 1913M selama 10 tahun dan pada tahun 1923M dilantik menjadi Mufti. Beliau memegang jawatan tersebut dengan baik dan jayanya. Ini kerana jawatan mufti bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan ilmu yang luas dan mendalam serta akhlak yang mulia. Kehidupan Muhamad Tahir sama ada sebagai guru. kadi, mufti. Syeikh Jami’ Zaitun dan  Syeikh Islam Maliki merupakan kehidupan yang penuh dengan perjuangan tajdid dan menyeru kemajuan untuk rakyat Tunis.

Bagi keluarga  ‘Ashur ini perpustakaan khas untuk kegunaan keluarga dan penyelidikan. Di sini terdapat 5 ribu buah buku dan 3 ribu manuskrip. Sekarang perpustakaan ini dijaga oleh cucu Abdul Aziz bin Abdul Malik bin Muhamad Tahir. Beliau juga mengadakan lawatan ke luar negara seperti ke Damsyik, Istanbul, Mesir dan negara Eropah. Beliau melawat Damsyik pada tahun 1951M dan juga menghadiri Seminar mengenai Oreintalis di Istanbul pada tahun 1951M.

Muhamad Tahir mempunyai keistimewaan iaitu :

i.  Beliau merupakan orang yang pertama menafsirkan al-Quran keseluruhannya di Tunis dan Morocco.

ii. Beliau merupakan orang yang memegang jawatan Syeikh Islam Maliki dan sSyeikh al-Jami’ al-‘Azam al-Zaituniah.
 
iii. Beliau merupakan orang yang pertama digelar Syeikh al-‘Azam al-Zaituniah setelah berlaku rombokan perubahan di universiti tersebut apada tahun 1932M
 
iv. Beliau merupakan orang pertama yang mendapat Anugerah Kerajaan Tunis pada tahun 1968M
 
v. Beliau merupakan orang yang pertama menulis Maqasid al-Syari’ah dalam konteks zaman moden setelah Ibn Salam  (m. 660H) dan al-Syatibi (790H)
 
vi. Beliau merupakan orang yang pertama  melakukan perubahan pendidikan di Universiti Zaitun dengan memasukkan subjek –subjek semasa.

Beliau meninggal dunia pada 13 Rejab 1393H bersamaan 12 Ogos 1973M ketika berusia 94 tahun. Beliau dikebumikan perkuburan Zalaj di Tunis. Beliau telah meninggalkan 6 orang anak empat lelaki dan dua wanita hasil perkahwinannya dengan Fatimah binti Naqib. Anak-anaknya ialah Murtada, Muhamad Fadil,Abdul Malik, Zainal Abidin, Safiah dan Umi Hani. Muhamad Fadil (m. 1970M) merupakan pensyarah di Universiti Zaitun dan menjadi Dekan Kuliah Syariah dan Usuluddin dan juga menjadi Mufti Tunis. Cucunya  seperti Abdul Aziz bin Abdul Malik dan Dr. Iyad bin Muhamad Fadil kini bekerja di Universiti Tunis.
 Sumber : Minda Madani Online

You Might Also Like

0 comments

Kalam Murabbi

Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yang datang dari ALLAH tidak hadir secara percuma, Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh ALLAH itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.

Almarhum Tuan Guru Dato` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz b Haji Nik Mat

Archives

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe