Hadis Nabi

  • Ulama Pewaris Nabi

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إن الْعُلُمَاءُ وَرَثَةُ اْلأَنْبِيَاءِ، إِنَّ اْلأَنْبِياَءَ لَمْ يُوَرِّثُوْا دِيْناَرًا وَلاَ دِرْهَماً إِنَّمَا وَرَّثُوْا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَ بِهِ فَقَدْ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

    “Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bagian yang banyak.” (Tirmidzi, Ahmad, Ad-Darimi, Abu Dawud. Dishahihkan oleh Al-Albani)

    Rasulullah صلى ا لله عليه وسلم bersabda

  • إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعاً يَنْتَزِعُهُ مِنَ الْعِباَدِ، وَلَكِنْ بِقَبْضِ الْعُلَماَءِ. حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عاَلِماً اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوْساً جُهَّالاً فَسُأِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

    “Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan mencabutnya dari hamba-hamba. Akan tetapi Dia mencabutnya dengan diwafatkannya para ulama sehingga jika Allah tidak menyisakan seorang alim pun, maka orang-orang mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh. Kemudian mereka ditanya, mereka pun berfatwa tanpa dasar ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. Al-Bukhari no. 100 dan Muslim no. 2673)

Pesan Umar Abdul Aziz

"Jika engkau bisa, jadilah seorang ulama. Jika engkau tidak mampu, maka jadilah penuntut ilmu. Bila engkau tidak bisa menjadi seorang penuntut ilmu, maka cintailah mereka. Dan jika kau tidak mencintai mereka, janganlah engkau benci mereka." (Umar bin Abdul Aziz)

Biografi Mohammed Targai Ulugh Beg

14:49

Mohammed Targai Ulugh Beg merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1393 - 1449.Nama sebenar beliau ialah Mohammed Taragay Ibn Shah Rukh. Ulugh Beg ialah cucu Timur (yang dikenali di Barat sebagai Tamerlane), seorang putera Tartar dan pemerintah Turkestan. Beliau merupakan ahli astronomi dan ahli matematik kurun ke-15 yang luar biasa. Ulugh Beg merupakan putera raja Dinasti Timur yang bernama Shah Rukh dan dilahirkan pada tahun 1393 di Sultaniyyah yang terletak Asia Tengah. Beliau seorang hafiz al-Quran.

Ulugh Beg menjadikan bandar Samarkand terkenal sebagai salah sebuah kota terkemuka dalam tamadun orang Islam. Pada tahun 1428, beliau membina madrasah tempat pembelajaran astronomi. Kemudian pada tahun 1428, Ulugh Beg memulakan pembinaan balai cerap tiga tingkat yang mengagumkan di bandar Samarkand. Balai cerap tersebut berdiameter lebih daripada 250 kaki dan berketinggian 120 kaki. 


Beliau melantik Ali Kudsi, seorang ahli astronomi Islam sebagai pengarah balai cerap tersebut. Beberapa orang ahli matematik dan ahli astronomi yang terkenal termasuklah al-Kashi dan Kadizada pernah bekerja di balai cerap tersebut. 
Beliau melengkapi balai cerap tersebut dengan peralatan astronomi yang terbaik dan paling jitu yang boleh didapati. Balai cerap tersebut dilengkapi dengan sektan Fakhri (yang dibuat daripada marmar) yang digunakan untuk menentukan kecondongan ekliptik kepada khatulistiwa, titik ekuinoks musim bunga, panjang tahun tropika, dan pemalar-pemalar astronomi lain yang dikira berdasarkan cerapan terhadap matahari. Balai cerap tersebut juga dilengkapi dengan sebuah kuadran yang besar sehinggakan bahagian dasar terpaksa dialihkan untuk membenarkan ia disesuaikan dengan balai cerap tersebut. Peralatan-peralatan lain termasuklah triquetram dan sfera falak.


Pada tahun 1437, beliau menerbitkan karya beliau yang terkenal, satu katalog baru mengenai bintang yang berjudul Zij-i-Jadidi Sultani. Di dalamnya, beliau menyemak kedudukan dan magnitud bintang-bintang yang telah dicerap oleh Ptolemy. Beliau menemui banyak kesilapan dalam pengiraan Ptolemy. Ia termasuklah pelbagai koleksi cerapan dan pengiraan, kedudukan bintang-bintang tetap, peredaran bintang-bintang, dan pengetahuan tentang masa. Satu terjemahan karya ini ke dalam bahasa Inggeris telah diterbitkan pada tahun 1917.


Ulugh Beg telah mengira panjang setahun sebanyak 365 hari 5 jam 49 minit 15 saat, satu nilai yang agak tepat. Malahan, beliau telah menyediakan jadual pergerakan planet yang amat popular dan mendapat permintaan daripada komuniti astronomi. Ulugh Beg mengkaji pergerakan tahunan lima buah planet yang terang: planet Zuhal, planet Musytari, planet Marikh, planet Zuhrah dan planet Utarid. Data beliau masih dianggap sangat tepat. Pada tahun 1437, beliau juga menyusun satu katalog bintang yang memberikan kedudukan 992 buah bintang. Jadual sinus dan tangen yang disusun beliau berketepatan lapan tempat perpuluhan pada sela satu darjah.
Ulugh Beg telah dibunuh pada tahun 1449 di Samarkand selepas menjadi pemerintah singkat Turkestan selama tiga tahun. Malapetaka ini menyebabkan balai cerap yang dibina beliau diabaikan dan Samarkand dengan perlahan-lahan kehilangan fungsinya sebagai pusat astronomi yang terkemuka. Balai cerap tersebut akhirnya musnah dan lokasinya telah disahkan oleh ahli arkeologi Rusia pada tahun 1908. Beer dan Madler dalam karya mereka yang terkenal, Der Mond (1837) menamakan satu ciri permukaan bulan sempena Ulugh Beg. Ia merupakan cecincin eliptik di barat laut seksyen ke-18.

You Might Also Like

0 comments

Kalam Murabbi

Ilmu, kemahiran dan segala pemberian yang datang dari ALLAH tidak hadir secara percuma, Ia datang dengan tanggungjawab. Ilmu yang diberikan oleh ALLAH itu menuntut kepada kita untuk diamalkan.

Almarhum Tuan Guru Dato` Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz b Haji Nik Mat

Archives

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images

Subscribe