Thursday, 5 April 2012

Biografi Al-Kazwini

AL-Kazwini dilahirkan sekitar tahun 600H/1200M di Kazwin, Parsi tetapi berketurunan Arab asli. Beliau berasal daripada keluarga Arab yang moyangnya ialah Sheikh Abu al-Kasim bin Hibat Allah al-Kazwini yang kemungkinan merupakan keturunan Anas bin Malik yang terkenal sebagai seorang ahli ilmu falak.


Di samping itu, beliau mempunyai keahlian dalam bidang lain misalnya geografi, astronomi, geologi, mineralogi, botani dan etnografi. Nama penuhnya ialah Zakariyya bin Muhammad bin Mahmud Abu Yahya al-Kazuini. Beliau meninggal dunia pada 682H/1283M.
Setelah menamatkan pengajian di kampung halaman, al-Kazwini berhijrah ke Baghdad dan menetap di Damsyik. Pada 630H/1233M, beliau bertemu dengan seorang ahli falsafah bernama Ibnu al-Arabi.
Selain itu, al-Kazwini juga melakukan perjalanan di Parsi dan mengunjungi Kota Jannaba. Menurut Ibnu Taghribirdi, al-Kazwini pernah menetap di Al-Wasit dan Al-Hilla untuk melaksanakan tugasnya sebagai kadi di bawah pemerintahan Khalifah al-Mu’tasim. 

Apabila Baghdad diserang orangorang Mongol pada 656H/1258M, beliau kembali kepada kehidupan yang penuh intelektual di atas pentas keilmuan dan mencurahkan perhatian sepenuhnya pada aktiviti-aktiviti ilmiah.
Beliau merupakan penulis dua buah karya besar dalam bidang kosmografi dan geografi. Buku pertamanya bertajuk `Aja’ib al-Makhluqat wa Ghara’ib al-Mawjudat’ (Prodigies of Things and Mitaculous Aspects of Things Existing). Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mengulas tentang benda-benda yang tidak berkaitan dan berkaitan dengan bumi.

Dalam bahagian pertama, ia menggambarkan fenomena yang berhubung dengan langit seperti bulan, bintang, matahari, penghuni syurga, malaikat dan sebagainya. Pada bahagian terakhir, beliau menghuraikan masalah kronologi dan penanggalan-penanggalan Arab dan Syria. Bahagian kedua pula dimulai dengan bahasan mengenai empat elemen (tanah, air, api dan udara), meteor dan angin. Kemudian, beliau menggambarkan pembahagian bumi kepada tujuh iklim serta memberikan deskripsi tentang laut dan sungai. Buku tersebut merupakan eksposisi kosmografi yang sistematik dan sangat popular dalam dunia Islam.

Deskripsi tentang bumi dalam dalam buku berjudul, Atsar al-Bilad berdasarkan pembahagian Ptolemaic bahawa bumi terbahagi kepada iklim, kota-kota, negeri, gunung dan sungai. Dengan demikian karya buku geografi al-Kazwini mirip karya Mu’jam al-Buldan.
Asprisiasi yang tinggi membuatkan beberapa ilmuwan Arab moden sering menilainya dan membandingkannya dengan Herodotus dan Pliny. Dua buah buku besarnya, merupakan karya monumental dan terbukti digunakan oleh para ilmuwan lain seperti Syamsuddin ad-Dimasyki, Ahmad bin Hamdan al-Harrani, Hamdallah Kazwini, Ibnu al-Wardi dan Mahmud bin Said as-Safakusi.

No comments:

Post a Comment

Author

Stats

Kata Hukama


About

Followers

Archives

Pelawat Seantero

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Sample Text

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng. Saya ambil artikel-artikel penulisan untuk rujukan saya dan sahabat-sahabat pelawat. Saya masih cetek ilmu tidak sehebat sahabat-sahabat yang menulis artikel-artikel di blog ini. Jazakumullah khairan kathira kerana sudi menghalalkan ilmu untuk perkongsian seluruh masyarakat Islam

Popular Posts