Thursday, 5 April 2012

Biografi Uqbah Bin Nafi'


Semilir bayu lautan menyapa pipi seorang panglima. Pandangannya merenung jauh ke arah lautan meniti seberang yang tidak kelihatan. Tangannya mengenggam erat bilah pedang. Namun kilauannya yang telah meredah jauh, menumpaskan kebatilan-kebatilan tidak mampu untuk melemparkan walau secebis rasa gembira di hatinya. Hatinya resah dan sayu.


Matanya menadah ke langit. “Ya Allah, jika tidak kerana lautan yang menghalang aku, nescaya akanku persiapkan pasukan armadaku untuk menyebarkan kalimat agung taiyibahMu, akanku mara demi menegakkan syiar Islam nun di kerajaan barat. Akanku satukan semua empayar-empayar di bawah panji yang mulia ini jua akan ku perangi bejat-bejat yang ingkar untuk menerima mesej suci untuk mengesakan Engkau Ya Allah.”
 
Uqbah Ibn Nafi’ merenung kembali ke arah tenteranya. Lantas bangkit dari layanan perasaannya, kembali beliau mengatur langkah ke arah tenteranya. Hatinya berdetik, “Jika lautan yang luas tidak mampu kami redahi, masih ada bumi yang belum menerima keindahan ajaran yang mulia ini. Ayuh! Kita teruskan juga perjuangan kita.”
Bermula dari persisiran pantai Tanjah di Lautan Atlantik itu, Uqbah Ibn Nafi’ dan pasukan tenteranya mengorak langkah untukt terus menuju ke selatan. Berbekalkan amanat Khalifah Muawiyah, mereka telah menguasai seluruh Afrika Utara bermula dari kota Qairawan di Tunisia, terus ke Fazzan dan akhirnya ke kota Elzab dan Tahret.

Sifat-sifat yang berkembang segar dalam jiwa Uqbah Ibn Nafi’ dapat dilihat jelas di mana beliau tidak pernah terdetik walau sejenak rasa letih maupun rasa puas melihat kejayaan pasukan tenteranya menguasai kota-kota di utara Afirka, malah beliau rasa lebih sedih kerana tidak mampu untuk menyeberangi lautan untuk menegakkan kalimah Allah. Berbekalkan teguh dengan ayat-ayat Quran seperti Surah Fatihah dalam Ayat 2;
“Segala puji bagi Allah, Ilah sekalian alam”, beliau tidak redha di hatinya memikirkan bahawa masih ada kelompok manusia yang tidak mengagungkan Allah. Jiwanya membara untuk memastikan hayatnya akan melepaskan ikatan insan-insan di dunia ini ke arah Ilah selain Allah. Adakah rasa semangat jihad ini subur dalam jiwa kita? Jiwa para da’ie seharusnya kembang segar dengan rasa untuk memartabatkan islam di seluruh persada dunia. Melihat jahiliyah apatah lagi maksiat yang ada akan melahirkan rasa tidak puas hati dan rasa geram bagi kita untuk menghapuskan segala bentuk kemungkaran yang menular. Sedih sekali situasi sekarang rata-ratanya pemuda-pemudi di luar sana kurang sensitivitiya. Tidak langsung berputik rasa untuk menyebarkan islam malah ada yang tidak langsung rasa bangga dengan Islam…

Namun, semangat yang membara perlu dibentuk dengan sebaiknya. Tidak guna jika semangat yang asalnya marak tapi akhirnya padam dengan hanya percikan air-air. Mihnah-mihnah yang mencorakkan jalan-jalan ini seringkali menyebabkan kita tersimpang dan lebih sedih lagi menyebabkan kita tersasar jauh dari arah matlamat kita. Oleh sebab itu, amat penting untuk kita untuk melalui proses-proses tarbiyah yang akan membantu kita mengatur langkah sebaiknya.
Uqbah Ibn Nafi’ tidak setakat terkenal sebagai seorang komander perang atau jeneral yang mampu mengorak pasukan tenteranya untuk menghuru-harakan barisan musuh, namun beliau juga terkenal sebagai seorang amir yang adil yang mampu untuk memerintah sebuah kerajaan. Kota Qairawan diasaskan dan dijadikan pusat pemerintahan Islam di Afrika Utara.

Tujuan Uqbah menjadikan Qairawan sebagai pusat Islam di Afrika Utara ialah antaranya untuk mengembangkan ajaran Islam di region itu. Tidak guna jika banyak penaklukan dilakukan tetapi tidak ada tindakan susulan untuk menunjukkan keindahan Islam kepada penduduk tempatan. Tarbiyah hendaklah dilaksanakan dan dititikberatkan agar penduduk yang baru memeluk Islam benar-benar faham dan dapat merasakan keindahan Islam yang sebenar. Di samping itu, penubuhan kota itu juga akan memudahkan tentera Islam yang dating dari Damsyik untuk mengajar Islam kepada penduduk sekitar dan penduduk tempatan.

Pengajaran yang menarik di sini ialah Uqbah Ibn Nafi’ megimplementasikan sepenuhnya sunnah Rasulullah SAW dalam menyebarkan ajaran dakwahnya. Rasulullah SAW bersungguh-sungguh dalam menyebarkan ajaran Islam di mana baginda tidak hanya fokus kepada orang-orang tertentu, tapi baginda dengan sama ratanya melayan dan tidak jemu untuk mengaja manusia kembali kepada fitrahnya untuk mengesakan penciptanya. Hatta kepada orang kafir, baginda melayan dengan baik perasaan mereka walau baginda dicemuh. Kisah baginda dengan seorang Yahudi yang buta, di mana baginda akan setiap hari menyuap makanan kepada Yahudi itu. Yahudi itu mencemuh dan menghina baginda tanpa dia sedar bahawa yang menyuap makanan kepadanya adalah Rasulullah SAW. Hinggalah kepada kewafatan baginda, di mana Abu Bakar pula yang mengambil alih tugas itu. Namun, Yahudi itu dapat merasakan kelainan di mana orang yang menyuapnya sekarang tidak selembut orang yang menyuapnya dahulu. Apabila ditanya Abu Bakar menitiskan air mata dan membongkar rahsia sejak dahulu bahawa orang itu tidak lain tidak bukan adalah Rasulullah sendiri. Lantas Yahudi itu menangis dan menyatakan keislamannya. Sama seperti Uqbah, beliau menunjukkan “uswatun hasanah” sehingga menyebabkan berduyun-duyun penduduk asal dan penduduk sekitar yang terdiri daripada bangsa Barbars ramai-ramai yang memeluk Islam.

Pengajaran yang menarik di sini ialah kita tidak memilih untuk siapa kita mahu berdakwah tetapi yang penting ialah kita berusaha sepanjang masa untuk menarik orang kembali kepada Islam. Kita tidak memilih atau menapis orang sebaliknya kita sentiasa memikirkan cara dan berusaha untuk berdakwah. Contoh Rasulullah tadi menunjukkan kita mampu untuk berbuat sedemikian. Seperti mana janji Allah dalam Surah Muhammad, ayat 7:
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”

Di kota Qairawan juga terdapat kisah-kisah menarik yang dinyatakan mengenai beliau. Diriwayatkan bahawa beliau pernah berdoa bahawa “Ya Allah jauhkanlah kami semua daripada binatang buas dan bahaya”. Ketika itu, Qairawan terkenal sebagai tempat yang penuh dengan binatang buas dan beracun seperti harimau dan ular. Selepas dia berdoa, penduduk tempatan melihat banyak binatang-binatang itu yang berhijrah ke tempat lain. Ini menyebabkan mereka tertarik lalu antara faktor-faktor yang menyebabkan mereka ramai-ramai memeluk Islam. Selain itu, beliau juga berdoa kepada Allah supaya memakmurkan kota Qairawan dan menjadikannaya sebagai salah satu pusat Islam. Sehingga hari, ini, kota Qairawan memang terkenal sebagai salah satu kota yang banyak menyimpan warisan khazanah Islam selain menjadi pusat penyebaran Islam yang terkemuka di Afrika utara.
Uqbah Ibn Nafi’ dibunuh ketika dalam perjalanan pulang ke Qairawan selepas beliau dan pasukan musuhnya kembali daripada pertemuran di Algeria timur pada tahun 683 M. Kisah kepahlawanan beliau sepatutnya dicontohi di mana beliau sering berusaha untuk menegakkan kalimah Allah. Selain itu, usaha dakwah yang ditunjukkan sepatutnya menjadi contoh di mana beliau sentiasa berusaha untuk mengajak manusia kembali kepada Islam tidak kira apa jua status dan martabat mereka. Beliau juga sering meletakkan masalah umat sebagai prioriti di mana beliau tidak pulang ke Damsyik sebaliknya mengasaskan kota Qairawan untuk menjadi pusat menyebarkan Islam juga sebagai pusat tarbiyah kepada penduduk sekitar.

No comments:

Post a Comment

Author

Stats

Kata Hukama


About

Followers

Archives

Pelawat Seantero

Ulama Pewaris Nabi

Ulama Pewaris Nabi

Sample Text

Kepada semua penulis asal, blogger atau sesiapa saja yang artikelnya saya petik dan masukkan di sini, saya memohon kebenaran dan diharap tidak dituntut di akhirat nanti. Seboleh-bolehnya saya akan "quote" artikel asal dan sumbernya sekali, supaya apa yang dimaksudkan oleh penulis asal tidak lari atau menyeleweng. Saya ambil artikel-artikel penulisan untuk rujukan saya dan sahabat-sahabat pelawat. Saya masih cetek ilmu tidak sehebat sahabat-sahabat yang menulis artikel-artikel di blog ini. Jazakumullah khairan kathira kerana sudi menghalalkan ilmu untuk perkongsian seluruh masyarakat Islam

Popular Posts