Biografi Mustafa Al-Zarqa
22:03Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir  al-Zarqa dilahirkan di kawasan bernama Banqusah, Halab, Syria pada tahun  1907M. Sebahagian pengkaji menyatakan kelahirannya pada 1904M.  Sebenarnya beliau dilahirkan pada 1907M sepertimana yang dinyatakan  olehnya sendiri. Perkara ini disebabkan semasa memasuki peringkat  menengah dan untuk melayakkan memasuki peperiksaan untuk B.A mesti telah  mencapai usia 23 tahun. Maka ditukar secara rasmi kepada tahun 1904M.
Bapanya  ialah Syeikh Ahmad bin Muhamad al-Zarqa, pengarang syarah al-Qawa’id  al-Fiqhiyyah. Bapanya dilahirkan 1868M dan meninggal pada 1938M. Beliau  merupakan ulamak fiqh hanbali  dan mengajar di Sekolah Khusrawiyyah dan  beberapa masjid di Halab. Anaknya Mustafa sentiasa mengiringi bapanya  semasa mengajar di  Sekolah Khasuwiriyyah dan di masjid al-Umawi di  Halab belajar fiqh dan hadith setiap minggu dan beberapa masjid yang  lain.  
Datuknya Syeikh Muhammad bin Uthman bin Muhammad bin Abdul Qadir  al-Zarqa merupakan juga seorang ulamak yang masyhur di Halab malah di  Syria. Beliau dilahirkan pada 1832M dan meninggal pada tahun 1925M.  Pernah memegang jawatan hakim dan institut fatwa dan dipanggil oleh  Syeikh Islam di Istanbul untuk menolongnya dalam bidang fatwa namun  beliau pulang ke Halab selepas itu. 
Adalah menjadi kebiasaan  keluaraga ini berhimpun pada setiap hari selepas maghrib iaitu Muhamad  (datuk) dan Ahmad (ayah)  dan Mustafa (cucu) akan hadir bersama ayahnya .  Syeikh Ahmad dan Syeikh Muhamad akan berbincang mengenai masalah fiqah   dan isu-isu semasa. Apabila ada kehadiran ulama yang lain perbincangan  akan lebih rancak dan Mustafa hanya mendengar perbincangan tersebut.  Datuknya melihat Mustafa mempunyai bakat semula jadi dalam menuntut ilmu  lalu memilih untuk Mustafa memasuki al-khusrawiyyah dan belajar fiqh.  Ayah nya Syeikh Ahmad memberitahu tentang perancangan Datuknya untuk  beliau bersekolah tetapi Mustafa tidak memberi sambutan kerana keadaan  syeikh-syeikh dan kegiatan menuntut ilmu tidak menarik minatnya dan pada  yang sama beliau  lebih berminat berniaga dengan abang sulong Muhamad.
Oleh  kerana beliau enggan belajar, datuknya telah membuat keputusan bahawa  Mustafa tidak dibenarkan datang dalam pertemuan keluarga bersama ayahnya  setiap hari selepasa maghrib. Pada mula perkara ini tidak dihiraukan  oleh Mustafa tetapi  silang beberapa hari hukuman yang melarang beliau  berjumpa dengan perjumpaan keluarga telah memberi kesan kepadanya.  Perkara ini kerana kasih sayang yang mendalam kepada datuknya. Keadaan  ini menyebabkan beliau berubah daripada anak yang derhaka kepada anak  yang taat dan terus memasuki sekolah khusrawiyyah. (Abdul Nasir, 2010:  73)
Peringkat-peringkat Pembelajaran
Perimgkat tadika (Kuttab)
Syeikh  Mustafa memasuki Kuttab yang dikendalikan oleh Syeikh Muhammad Hijjaz  dan beliau belajar membaca al-Quran, menulis, membaca dan matematik. 
Peringkat Kedua-Sekolah Perancis di Halab.
Di sekolah ini,beliau belajar Bahasa Perancis dan juga sekolah al-Rasyidiyyah yang ditutup disebabkan peperangan.
Peringkat Ketiga –Sekolah Khusrawiyyah (Sekolah agama)
Beliau  belajar selama enam tahun di sekolah ini. Pada masa ini juga, beliau  mengikuti pengajian yang dikendalikan oleh bapanya di masjid-masjid di  sekitar Halab. Pengajian ini adalah pengajian ilmiah dan khusus kerana  mengunakan teks buku yang tinggi seperti Hasiyah Ibn Abdin- Raddu  al-Mukhtar, Sahih al-Bukhari dan buku-buku muktabar dan rujukan penting.
Keempat- Peringkat B.A
Mustafa  telah menduduki peperiksaan pada peringkat ini dan telah  mencapai  peringkat pertama seluruh  Syria. Beliau juga memasuki peperiksaan di  Damsyiq dan mendaftar di program falsafah .
Kelima – Universiti Syria ( Sekarang Universiti Damsyiq)
Pada peringkat ini, beliau belajar dua kuliah sekaligus iaitu :
i.    Kuliah Undang-Undang
ii.    Kuliah Kesusasteraan
Beliau berjaya menjadi dari kedua-dua kuliah tersebut pada 1933M dengan mendapat pangkat cemerlang.
Keenam – Universiti Fuad I (kini Universiti Kaherah)
Beliau  memasuki kuliah Undang-Undang dalam bidang Syariah pada tahun 1947M.  Perimgkat ini adalah diploma dalam peringkat pengajian tinggi kerana  sistem di Universiti Fuad I memerlukan lulus di peringkat diploma  ini  untuk melayakkan di peringkat Ph.D. Pada masa yang sama, beliau telah  dilantik sebagai pensyarah di Universiti Damsyiq dan tidak ingin  meneruskan pengajian. Beliau hanya ingin ke Mesir untuk mencari bahan  –bahan rujukan kerana Mesir dan al-Azhar kaya dengan khazanah fiqh.  (Abdul Nasir,2010:76)
Guru-Guru
i.    Syeikh Ahmad bin Muhamad al-Zarqa (Ayah)
ii.     Syeikh Muhammad bin Muhammad Khairuddin bin Abdul Rahman Agha  (dikenali Syeikh hanifi) (1876- 1924). Seorang ulamak di Halab dan  mengajar di Sekolah al-Khusrawiyyah dalam bidang tafsir, tauhid dan  balaghah. Beliau belajar di al-Azhar dengan syeikh Muhamad Bakhit  al-Muti’i, Muhamad Abduh dan syeikh Abdul Rahman al-Bahrawi. Mustafa  menyebutkan guru ini banyak memberi kesan kepada jiwanya. Beliau sering  berharap Mustafa menjadi seorang tokoh ilmu dan sering berkata  berkata :  “Wahai Mustafa.. Mudah-mudahan Kamu akan menjadi  salah seorang tokoh  ilmu, insyaallah.” Kata –kata ini terigia –gia sepanjang hayat Mustafa  al-Zarqa.
iii.    Syeikh Muhamad Raghib al-Tibakh(1877-1951M).  Seorang tokoh ulama yang masyhur di Syria dan sejarawan. Beliau menjadi  ahli Majma’ al-Ilmi al-Arabi di Damsyiq. Beliau adalah murid kepada  Muhamad  al-Zarqa iaitu datuk Mustafa al-Zarqa.
iv.    Syeikh Ahmad  bin Mustafa al-Katabi (1847-1924). Beliau adalah lulusan al-Azhar  dan  mengajar  nahu dan mengajar di sekolah al-Khusrawiyyah.
v.    Syeikh Ahmad bin Muhamad ‘Asap al-Kurfi (1882-1953), Mufti Mazhab Hanafi di Halab 
vi.    Syeikh Isa bin Hassan al-Bayanuni (1873-1943)
vii.    Syeikh Ibrahim al-Salqini (1854-1948)
viii.    Syeikh Muhamad al-Nasad (1900-1943)
ix.    Syeikh Ahmad al-Syimad (1870-1954)
x.    Syeikh Abdullah Hamad (1893-1970)
xi.    Syeikh Faidullah al-Ayyubi al-Kurdi.
Guru-Gurunya di Universiti Syria (kini Damsyiq)
i.     Syeikh Muhamad Abu Yusri Abidin (1889-1981M). Beliau mengajar di  Fakulti Undang-Undang  dalam subjek Hukum Perkahwinan dan talak,  Fara’id, Wasiat dan Usul Fiqh. Beliau pernah dilantik menjadi Mufti  Syria dari tahun 1953-1963M.
ii.    Syakir bin Raghib al-Hanbali  (1876-1958M). Belajar di Istanbul dan pernah memegang pegawai di  Kementerian Pendidikan, Kementerian Kehakiman di Syria. Beliau mengajar  di Universiti Damsyiq subjek Undang-Undang Pentadbiran, Undang-Undang  Tanah dan Wakaf.
iii.    Faris bin Yaakub al-Khuri (1873-1962M).  Seorang ahli politik dan pakar  undang-undang di Syria. Beliau belajar  di Lebanon, pernah menjadi peguam dan profesor di Fakulti Undang-Undang  di Universiti Damsyiq kemudian menjadi Menteri Kewangan dan menjadi  Perdana Menteri dan Ketua Majlis Perwakilan. 
iv.    Said  al-Mahasani(1887-1954M) Beliau belajar Undang-Undang di Istanbul dan  kemudian menjadi peguam. Mengajar di Fakulti Undang-Undang dalam subjek  Majalah Hukum Keadilan (Majalah al-Ahkam al-Adiliah) dan beliau  mempunyai buku syarah kepada majalah tersebut.
v.    Abdul Qadir al-Azim(1881-1960M) Belajar di Istanbul dan mengajar di Kuliah undang-undang dalam bidang Ekonomi,
vi.    Faiz al-Khuri –Adik bongsu kepada Faris al-Khuri dan mengajar Undang-Undang Rom.
vii.    Sami al-Maydani-Seorang Peguam dan mengajar undang-undang antarabangsa.
viii.     Syafiq Jabri (1897-1980M) –Seorang pensyair dan mengajar dalam bidang  kesusteraan Arab. Beliau merupakan Dekan di Kulaih Kesusteraan Arab.  Mustafa juga belajar di Kuliah Kesusasteraan Arab.
ix.    Abdul Qadir  Mubarak  (1887-1945M)- Berasal dari Algeria dan pakar dan bidang bahasa  dan kesusasteraan. Beliau adalah ayah kepada Muhammad Mubarak dan Mazin  Mubarak.
Anak Muridnya
Mustafa meninggalkan banyak  generasi pelajar kerana ia mengajar lebih 20 tahun di Damsyiq, hampir 20  tahun di Jordan,  dan juga di Halab. Banyak pelajar yang pernah belajar  dengannnya menjadi ulama, peguam, hakim dan pendakwah. Antaranya ialah:  Syeikh Abdul Fatah Abu Ghudah, Muhamad Fauzi Faidullah, Muhamad Adib  Salih, Muhamad Naim Yassin, Said Hawwa, Muhamad Anas Zarqa,  Syeikh Nuh  Ali Salman, Mufti Angkatan Tentera Jordan, Muhamad al-Zuhayli, Muhamad  Rasul al-Kaylani, Menteri Dalam Negeri Jordan, Ibrahim Zaid al-Kaylani,  Menteri Wakaf Jordan, 
Akhlaknya 
Mustafa merupakan  seorang yang tenang, sedikit bercakap, banyak berfikir dan sentiasa  berlapang dada. Beliau juga seorang yang merendah diri dan tidak sombong  dan memangil pelajar dengan  Ya waladi Ya Binti (Wahai anakku). Beliau  tidak fanatik dengan pendapat jika terdapat kebenaran pendapat pada  orang lain dan sentiasa berdiskusi secara ilmiah walaupun dengan para  pelajarnya dan tidak fanatik dengan mazhab malah membuah tarjih   walaupun bukan dari pegangan mazhabnya Hanafi. (Abdul Nasir, 2010: 87)
Mustafa  juga seorang yang penyabar terutama kesabaran dalam menuntut ilmu dalam  bentuk talaqqi dan halaqah dengan para syeikh dan kesabaran melayani  para pelajar dan permasalahan mereka. Beliau sentiasa menjawab  persoalan-persoalan yang timbul tanpa mengira waktu. Beliau juga  terkenal sebagai seorang yang berdisplin dan jadual tugas yang bersistem  malah ketika makan dan minum. Beliau membiasakan Qailulah iaitu tidur  sekejab pada waktu Zuhur yang membolehkan seseorang untuk berjaga malam.  (Abdul Nasir, 2010:89)                        
Ilmu yang diminati dan dikuasai.
Melihat  kepada manhaj dan cara pembelajaran yang dilalui oleh Mustafa serta  bidang yang diceburi, maka Mustafa mempunyai kepakaran dalam bidang  berikut :
i.    Fiqh. Mustafa belajar fiqh Hanafi secara serius dan  mendalam menyebabkan beliau seorang yang pakar dalam bidang fikah  Hanbali. Dalam mazhab Hanbali, beliau telah membuat tarjih di antara  pandangan-pandangan ulama mazhab serta mengeluarkan fatwa dan ijtihadnya  sendiri. Walaupun beliau pakar dalam mazhab Hanafi tetapi beliau juga  pakar dalam mazhab-mazhab yang lain seperti mazhab  Maliki, Hanbali dan  Syafie. Oleh itu itu, didapati beliau dapat menguasai fikah  perbandingan.
ii.    Undang-Undang. Secara khususnya Mustafa adalah  pakar dalam undang-undang Sivil dan undang-undang kekeluargaan. Di  samping itu, beliau juga pernah menjadi peguam yang menyebabkan dapat  menguasai teks undang-undang dengan baik
Mustafa adalah seorang  ahli fikih dan tajdid terutama dalam bidang fikah kerana kerana  keberaniannya mengeluarkan pendapat dan fatwa setelah kajian dan  penyelidikan perkara tersebut tanpa ragu-ragu. Antaranya ialah:
i.  Mengharuskan insurans. Mustafa menyebutkan perkara ini dalam buku  al-Ta’min (Insurans) termasuk insuran hayat. Beliau bukan sahaja  mengharuskannya malah mewajibkannya dalam keadaan tertentu kerana beliau  berpendangan insurans memelihara kepentingan orang mati dan pemilikan  anak-anak Yatim dan wakaf.
ii. Pandangannya tentang riba dan  berinteraksi dengan dengan bank. Terdapat pandangan riwayat dari Mustafa  al-Zarqa iaitu riwayat yang tidak benar iaitu beliau mengharuskan riba  dan jenis-jenis. Orang ramai mengambil pendapat ini terutama orang yang  ada ingin berinteraksi dengan riba dan ingin pendapat yang  mengharuskannya. Dalam hal ini, beliau berpendapat seperti berikut :
a.    Pendapat mengenai adalah jelas tentang pengharaman riba dan jenis-jenis dan tidak ada kompromi dalam perkara  tersebut.
b.     Kebanyakan pandangan yang menisbahkan kepada beliau  adalah kefahman  yang salah yang disebutkan ketika temuramah atau soalan yang bersifat  bukan tulisan. Umpamanuya , mereka mengambil pendapatnya yang mengatakan  mengharuskan  riba bank dan mengambil faedah bank. Namun Mustafa  al-Zarqa mengatakan : “ saya tidak pernah mengharuskan riba bank dan  mengambil faedah dari wang simpanan tersebut.Perkara yang saya sebut  dalan siaran TV bahawa sesiapa yang mempunyai wang dalam bank, saya  berpandangan dari tinggal keuntungan tersebut dalam bank lebih baik dia  mengambil keuntungan tersebut seperti yang ditentukan bank untuk  diberikan kepada orang miskin.”(hal.96)
iii. Beliau juga  mengharuskan wanita untuk mengahwinkan dirinya setelah baligh dan bapa  atau saudaranya tidak ada hak untuk menegahnya malah tidak wajib untuk  memberitahu mereka. Nmaun lebih baik perkahwinan itu mengenali ibubapa  masing-masing. Pendapat beliau ini adalah sama dengan pendapat dalam  mazhab hanafi dan undang-undang keluarga Syria.
iv. Perancangan  Keluarga: beliau berpendapat perancangan keluarga adalah haram secara  umum pada asalnya, namun tidak ada tegahan syarak kepada sesiapa yang  menggunakan kaedah dalam bentuk peribadi mengikut keadaan yang tertentu  dan kemampuan harta untuk perancangan keluarga dengan menegah kehamilan.
v.  Melantik Wanita menjadi hakim: Beliau berpendapat seperti pendapat  mazhab Hanafi bahawa penghakimannya dalah betul tetapi tidak  mengalakkannya. Beliau berpendapat pemerintah adalah berdosa apabila  bersandarkan kehakiman kepada wanita.
Beliau juga bergiat secara  serius dalamm meawan penjajahan Perancis terutama melalui syarahan dan  menjadi ahli perbandaran di bandar halab dan beliau telah menang menjadi  naib ketua bersama ustaz Muhammad Mubarak dari kalangan kumpukan Islam  dalam majlis perbandaran pada 1954-1958M.
Beliau pernah sebagai  menteri keadikan dan wakaf pada tahun 1956 tetapi tempoh jawatan menteri  tersebut tidak lama disebabkan jeadaan politik yang tidak stabil.  Kemudian beliau menjadi menteri keadilan dan wakaf sekali lagi ketika Dr  maaruf al-dawalibi menjadi Perdana Menteri dan Ustaz Nizam al-Qudsi  menjadi Presiden pada tahun 1962M. 
Al-Zarqa dan Ensiklopedia Fiqah
Timbul  pemikiran untuk menyusun ensiklopedia fiqah Islam dalam pendekatan  semasa pada tahun 1951M apabila diadakan Muktamar atas nama Minggu fiqah  al-Islam yang dianjurkan oleh kuliah undang-Undang Universiti Serbon,  Perancis dan dijemput pensyarah universiti dari kuliah undang-undang dan  syariah untuk menghadirinya. Mustafa al-Zara dan Maaruf al-Dawalibi  merupakan wakil dari universiti damsyiqa.antara resolusi muktamar iaitu  menubuhkan lujnah untuk menyusun muajam fiqah Islami untuk memudahkan  membuat rujukan. Buku ensiklopedia ini merupakan himpunan segala hukum  fiqah  yang bersesuaian dengan pendekatan semasa.
Apabila  ditubuhkan kuliah Syariah di Universiti Damsyiq pada tahun 1954M, mereka  memulakan tugas yang diketuai oleh Mustafa al-Zarqa, Dr Dawalibi,  Mustafa al-Siba’iy yang merupakan Dekan Pertama, dan Muhamad Mubarak  pada tahun 1955M bagi melaksana recolusi mukatamar Paris tersebut. Ahli  lujnah tersebut telah memulakan bab pendahukuan dengan pendekatan  semasa. Apabila berlaku peristiwa penyatuan antara Syria dan Mesir pada  tahun 1958M maka berlaku pencantuman antara ulama Syria dan Ulama Mesir  dalam lujnah tesebut. Syeikh Mustafa turut menjadi ahli dalam lujnah  tersebut bersama Muhamad  Abu Zahrah dan Ali Khafif. Lujnah tersebut  berterusan semasa zaman penyatuan dan mengeluarkan juzuk pertama bagi  ensiklopedia pada tahun 1960. Pada tahun 1961, Lujnah tersebut  dibubarkan disebabkan pemisahan antara Syria dan Mesir. Kemudian beliau  juga terlibat dalam ensiklopedia yang dilakukan oleh Kementerian Kuwait  pada tahun 1966 sehingga tahun 1971M.
Mustafa al-Zarqa dan Majma’ al-Fiqhi
Penubuhan  majma’ al-fiqhi merupakan usaha yang baik dari sebilangan ulamak  termasuk Mustafa al-Zarqa. Namun sebelum itu, Ahmad Muhamad Syakir  mengesa penubuhan Ijtihad Jama’iy  dan pelaksanaan asasnya ialah  penubuhan majma’ al-Fiqhi.
Penubuhan majma’ di Mekkah melalui  keputusan Majlis Pengasas Rabitah al-Alami Islami pada tahun 1978M dan  dipilih Mustafa al-Zarqa  sebagai salah seorang daripada ahlinya.  Mustafa al-Zarqa berperanan aktif dalam Majma’ al-Fiqhi sama ada dengan  memberi pandangan, membuat kajian hukum dan berani memberi pendapat  walaupun berbeza dengan pendapat majoriti ulamak. Kematiannya merupakan  kehilangan besar kepada majma’  tambahan pula  pada tahun kematiannya  banyak ahli-ahli majma’ seangkatannya meninggal dunia.
Kematiannya
Setelah  hampir 100 tahun  berjuang, berijtihad dan memberi sumbangan kepada  dunia ilmu, beliau telah meninggal dunia di Riyadh pada waktu Asar hari  sabtu 3 Julai 1999 pada usia 92 tahun mengikut kalendar masehi dan 95  tahun mengikut kalendar Islam. Beliau telah meninggal anak murid yang  ramai dan anak-anak yang soleh. Ali Tantawi menyifatkan keturunan  al-Zarqa sebagai keturunan emas. Kematian merupakan kehilangan besar  kepada dunia Islam terutama dalam bidang pengajian fikah kerana beliau  tokoh fikah terkemuka dalam dunia zaman moden. (Mohd Nasir, 2010:113)
Pada  hari kematian, anaknya Dr Anas telah memanggil doktor Abdul Razak dan  doktor menasihati untuk masuk ke hospital namun Syeikh Mustafa berkeras  tidak mahu pergi. Doktor reda dengan keputusan dan membenarkan berehat  di rumah. Selepas selesai solat Zuhur, beliau masih bertemu orang di  atas katil dan mengeluarkan fatwa apabila dua orang dari pusat  penyelidikan dalam syarikat al-Rajhi datang melawatnya. Apabila  kedua-duanya telah pulang dan beliau memanggil anaknya Dr Anas  dan  menerangkan fatwanya yang telah diberikannya dengan menyuruh anaknya  melihat kepada buku datuknya buku Qawa’id al-Fiqhiyyah dalam bab  terakhir. 
Setelah itu, beliau berasa penat namun masih buka mata  dan bertanya sama ada masuk waktu solat Asar dan anaknya berada  ditepi  sambil memegang tangan kanannya. Dr Anas tidak mengetahui kematiannya  kecuali setelah azan Asar apabila Mustafa tidak lagi membuka mata lalu  memanggil Dr Abdul Razak dan doktor tersebut mengesahkan kematiannya.




0 comments