Islam dan Waktu - Hassan Al-Banna
11:32Islam  datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu  dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur  mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34)
61) 
Islam  datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa  sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian  banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika  mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan  beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka  tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada  mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan  kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu  mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam  menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia  merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka  kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam  kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika  waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia  tak akan kembali. 
Islam  datang untuk menolehkan pandangan manusia agar melihat bahawa  sesungguhnya Allah SWT. telah menganugerahkan kepada mereka sekian  banyak hari dan waktu untuk diisi dengan perbuatan bermanfaat. Jika  mereka mahu memperhatikan hal ini, mereka pasti berbahagia dan  beruntung. Jika tidak, mereka pasti akan sengsara dan merugi. ”Maka  tatkala mereka telah melupakan peringatan yang telah diberikan kepada  mereka, Kami pun membukakan semua pintu kesenangan untuk mereka. Sehingga apabila mereka telah girang dengan apa yang telah diberikan  kepada mereka, kami siksa mereka dengan tiba-tiba, sehingga ketika itu  mereka terdiam berputus asa.”(Al-An’am: 44) Islam  menjelaskan kepada kalian bahawa waktu kalian sangatlah terbatas. Ia  merupakan anugerah dari Allah SWT. yang diberikan kepada kalian. Maka  kewajiban kalianlah membekalkan diri dengan mengisi waktu, kerana dalam  kehidupan ini, sesuatu yang paling mahal nilainya adalah waktu. Jika  waktu telah berakhir, ia takkan dapat diganti. Bila telah berlalu, ia  tak akan kembali. Kerana itu, Abu Bakar ra. Pernah berdoa,”Ya Allah,  janganlah Engkau siksa kami secara tiba-tiba.” Allah SWT. telah memerintahkan kita untuk menggunakan waktu dalam empat perkara: 
       
Pertama:  Dalam perkara yang dapat menyelamatkan keagamaan kita, iaitu berupa  ketaatan kepada Allah SWT. Ini terbahagi kepada dua:o   Perkara-perkara yang difardhukan oleh Allah kepada kita dan tertentu waktunya, seperti salat, zakat, puasa, haji dan seterusnya.o   Perkara-perkara  yang dianjurkan oleh Allah kepada kita berupa amalan-amalan nafilah  (sunnah), seperti tilawah Al-Quran, sodaqah, zikir dan membaca Selawat  Nabi. 
       
Kedua:  Dalam perkara-perkara yang juga memberikan manfaat kepada kita , berupa  mencari rezeki yang halal untuk keperluan kita dan keluarga yang kita  tanggung. Jika hal ini kita lakukan dengan ikhlas, ia menjadi amal  ibadah. Rasulullah saw. Bersabda.”Barangsiapa di petang hari keletihan kerana bekerja, di petang itu dia mendapat ampunan.” 
       
Ketiga:  Dalam perkara-perkara yang mendatangkan manfaat kepada orang lain. Itu  merupakan bahagian dari bentuk penghampiran (qurbah) diri yang paling  agung. Rasulullah saw. Bersabda, ”Barangsiapa keluar rumah untuk  memenuhi hajat saudaranya, ia seperti orang yang melakukan iktikaf di  masjidku ini selama sebulan.” Hal  ini memuatkan hakikat bahawa manusia seluruhnya adalah ”keluarga”  Allah. Orang yang paling dekat denganNya adalah yang paling baik  terhadap keluarganya. Kerana itu, engkau mesti dapat memberikan manfaat  kepada mereka, sama ada dalam aspek material atau pun lainnya. 
       
Keempat:  Dalam perkara yang dapat memberi ganti atas sesuatu yang hilang dari  kita, iaitu waktu istirehat. Kerana sesungguhnya badanmu itu mempunyai  hak yang harus kau tunaikan. Kerana itu, tentukanlah waktu khusus  untukmu, yang di situ kamu dapat memperbaharui kegiatanmu dan  menyegarkan kembali semangatmu. Itu dapat dilakukan dengan cara  berenang, memanah, menunggang kuda, santai yang baik, dan jenis-jenis  ketrampilan olahraga lainnya. Sayangnya  kita telah terbiasa untuk tidak mengenal nilai waktu dalam berbagai  aktiviti kehidupan kita. Kita tidak menghargai waktu sebagaimana  mestinya dan kita menggunakannya untuk hal-hal yang tidak ada kaitan  sama sekali dengan Islam, seperti menonton filem, teater, tarian dan  menghadiri kelab-kelab yang penuh maksiat. Kita bertaqlid kepada Eropah  secara buta, lebih mengutamakan kegiatan itu daripada kegiatan yang baik  dan amalan-amalan yang bermanfaat.  
Kita memohon kepada Allah SWT. taufiq yang kekal serta hidayah menuju jalan yang paling lurus. Semoga Allah melimpahkan selawat dan salam kepada penghulu kita Muhammad, serta keluarga dan para sahabatnya. 
Tags:
Umum




0 comments